RSS

The Ultimate Question

21 Mar

“Hm, lain yang I nak dengar, lain yang dia jawab,” kata Cik Ah.

“Apa kata dia?” tanya E-line.

“Bila kau jumpa dia?” Rinty mencelah.

“Malam tadilah, macam biasa, kalau dia free dia datang ambik. Petang semalam dia phone, kata nak jumpa,” jawab Cik Ah.

“Hilanglah rindu di kalbu,” Rinty mengusik.

“Isy kau ni, jangan tukar topik,” kata E-line, “cakaplah Cik Ah, apa dia kata?”

“Eh nanti dulu apa soalannya?” tanya Rinty mencelah lagi.

“Isy, sibuk je lah kau ni, its the ultimate question,” kata E-line.

“The ultimate question? What ultimate question?” Rinty betul-betul hendak tahu. Tiba-tiba dia teringat, “oh that ultimate question”

E-line menjeling ke arah Rinty, “duh”

“Wait, wait, start from the beginning, mula dari dia datang ambik you, and..” Rinty tidak menghabiskan kata-katanya. Sebalik mengangkat kedua-dua belah tangan memberitahu Cik Ah untuk memulakan cerita.

“Last night kitorang pergi makan kat TGI Friday,” kata Cik Ah.

“Pavy?” tanya Rinty.

Cik Ah mengangguk

“Kelas tu, perfect setting for the ultimate question,” kata Rinty

Sekali lagi E-line menjeling ke arah Rinty.

Cik Ah tersenyum. E-line dan Rinty adalah kawan karibnya sejak dari UITM. Sekarang mereka bertiga sudah berkerja. Walaupun mereka berkerja dengan syarikat berlainan, pejabat tempat mereka berkerja berdekatan. Bukan setiap hari, tetapi mereka sering berjumpa untuk makan tengahari bersama di warung ayam kampung Kak Melah.

Ada cerita di sebalik nama mereka. Nama sebenar E-line ialah Siti Roslina. Pada mulanya dia memperkenalkan dirinya sebagai Elin. Sebagai satu gurauan Cik Ah mula memanggilnya E-line dan panggilan itu kekal di kalangan penuntut sejurusan di UITM. Nama sebenar Rinty pula ialah Nuraini, dia memperkenalkan dirinya Erin. Tidak lama, nama itu dipendekkan lagi menjadi Rin oleh kawan-kawan mereka. Suatu hari pensyarah mereka berbangsa Inggeris, bernama Mr. Wright masuk ke kuliah dengan baju yang sedikit basah.

“Hujan rinti, rinti,” katanya pelat bermaksud hujan rintik-rintik.

Rin sedang mengalamun menyangka namanya dipanggil terus bangun dari tempat duduk dan berkata, “Yes, Mr. Wright? Can you repeat the question?”

“No, I said hujan rinti rinti, I did not call your name, Rin”

Seluruh penuntut di dalam kuliah tergelak besar. Sejak dari itu Nuraini, atau Erin atau Rin menjadi Rinty. Huruf y di belakang namanya hanya untuk nampak lebih glamour.

“So, you dengan Riz sedang menikmati hidangan makan malam..” E-line tidak menghabiskan kata-katanya tetapi memberi isyarat kepada Cik Ah untuk menyambung ceritanya.

“Oh Tak, I tak tanya dia kat situ. Lepas makan kitorang pergi lepak kat Dataran Merdeka, we went to The Seat,” kata Cik Ah.

“The Seat!” E-line menjerit perlahan, “very interesting”

Tidak ada rahsia besar di antara mereka. Cik Ah telah memberitahu banyak perkara mengenai dirinya kepada E-line dan Rinty, The Seat ialah tempat duduk di mana Riz dengan secara rasmi melamar Cik Ah. Lamaran yang ditunggu oleh Cik Ah seperti menunggu kucing bertanduk. Akhirnya kucing bertanduk juga.

Semenjak mereka menjalin hubungan, Riz tidak pernah menunjukkan apa-apa riak isi hatinya kepada Cik Ah. Mereka boleh dikatakan selalu juga keluar dating, makan malam bersama. Perbualan mereka berkisar pada banyak perkara, politik, hiburan, penemuan sains, cerita hantu, dan macam-macam lagi,. Apabila cerita berkisar kepada politik, penemuan sains atau kisah haiwan, Riz yang banyak bercakap. Apabila cerita berkisar tentang hiburan, lagu dan filem, Cik Ah yang banyak bercerita. Tetapi mereka tidak pernah bercerita mengenai isi hati mereka.

Riz memang begitu. Pada pandangan Cik Ah, Riz kurang romantik. Dia lebih kepada yang nyata tetapi penuh keyakinan. Keyakinan dirinya adalah kelebihan yang Cik Ah dapat rasakan yang akan dapat memberinya tempat bergantung yang kuat. Dia juga mendapati Riz tidak sombong dan baik hati.

Semakin lama mereka berkawan, dia mendapati Riz adalah seorang kawan yang paling boleh diharap. Setiap kali dia meminta pertolongan dari Riz, setiap kali pula Riz tidak pernah menolak permintaan itu. Tidak seperti kawan-kawan lelakinya yang lain, ada yang berdalih, ada yang meminta budi di balas. Tetapi tidak Riz, dia tidak pernah meminta apa-apa balasan. Selepas lama berkawan Cik Ah sudah dapat melihat keikhlasan hati Riz. Perlahan-lahan dia merasakan dia sudah jatuh cinta kepada Riz.

Cik Ah selalu berkata, “I can always count on you Riz,”

“Yeah,” jawab Riz, “you can count, its not complex mathematics, because there is only One me to count” Tidak romantik tetapi ada sense of humour.

Cik Ah ada memberi hint, bayangan, tanda yang dia ada menaruh hati kepada Riz. Tetapi Riz tidak memberi riaksi yang Cik Ah mahukan. Kadang-kadang apabila Riz mengusik Cik Ah, Cik Ah sengaja merajuk diam. Apabila Riz meminta maaf, Cik Ah berkata, “Oh mentang-mentang lah you tahu I sayang you, you boleh usik macam ni,”

“I know,” jawab Riz.

Cik Ah merasa seperti hendak menjerit marah, “’I know,’ is that all you can say?”

“Well, you know, I know, c’est la vie, say no more,” jawab Riz.

‘Hai lah nasib badan, aku boleh jatuh cinta dengan orang macam ini.’ Cik Ah selalu mengeluh di dalam hati. Tetapi dia tahu, Riz is always there when you need him.

Walaupun pada pandangan Cik Ah, Riz kurang romantik, bukan tidak romantik langsung. Ada satu perkara yang Cik Ah dapat rasakan Riz juga ada sedikit sifat romantik. Ia itu cara Riz memanggil Cik Ah, di dalam situasi tertentu. Ia bermula apabila Riz menghantar satu nota kepada Cik Ah. Nama Cik Ah sebenarnya ialah Che’ Nur Maisarah. Di dalam nota itu Riz telah memulakan dengan kata-kata,

Maisarah,

My Sarah,

My Sweet Sarah,

Itulah kata-kata keramat kepada Cik Ah.

Tiga bulan yang lalu, pada malam untuk pertama kalinya Riz telah meluahkan perasaannya. Di atas struktur konkrit separuh bulatan di hujung Dataran Merdeka, yang mereka gelar The Seat, Cik Ah merasakan ia seperti suatu hari dalam sejarah. Atau lebih tepat suatu malam dalam sejarah. Jadi pada malam itu, Riz telah memulakan kata-katanya dengan kata-kata keramat itu.

“Maisarah, my Sarah, my sweet Sarah, I think you know..,” Riz mula berkata.

“You know, I know, c’est la vie, say no more,” Cik Ah mencelah mengusik. Kemudian dia tersenyum sambil memandang tepat kearah Riz.

Riz terdiam sebentar, dia juga sedang memandang tepat kearah Cik Ah. Pandangan mata mereka bertemu. Kemudian Riz berdehem dan memulakan sekali lagi, “Hm. Maisarah, my Sarah, my sweet Sarah, I rasa you tahu perasaan I terhadap you”

Cik Ah merasakan jantungnya mula berdegup kuat. ‘Riz akan mengatakan sesuatu kepada aku. Oh Tuhan, tetapkan perasaan ku. Oh Tuhan biarlah ia sesuatu yang baik dan aku tidak bertepuk sebelah tangan,’ fikir Cik Ah. Dia tidak perasan Riz sedang memegang jari-jemari kedua-dua belah tangannya. Dengan spontan pula Cik Ah memegang erat jari-jemari Riz. Riz tersenyum apabila merasakan pegangan erat dari Cik Ah. Mereka masih bertentangan mata. Cik Ah mencari kepastian di mata Riz. Riz memberi keyakinan ke dalam mata Cik Ah.

“I rasa you tahu yang I memang selalu cuba sedaya untuk selalu ada untuk you” Riz berhenti sebentar, “hm that sound a bit weird. Let me try to say this again”

“Maisarah, my Sarah, my sweet Sarah. I rasa I tahu perasaan you terhadap I. Terus terang I katakan pada you, I rasa amat gembira bila setiap kali I ajak you berjumpa, you sudi keluar dengan I. It is the greatest feeling”

Cik Ah menundukkan kepalanya. Dia dapat merasakan air matanya mula menggenangi kelopak matanya.

“Kali ini I nak ajak you pergi lebih jauh bersama I, kalau you sudi. Tetapi, sebelum tu, I perlukan katakan, apa yang you nampak pada I, itulah yang I ada. I am not rich. Keluarga I pun tak kaya. Apa yang I ada ialah Ijazah Senibina. I yakin dengan ijazah ini I akan dapat mengadakan apa sahaja yang you pinta. Satu hari nanti I nak ada firma I sendiri. I nak bina rumah I sendiri. It will be a struggle. Kalau you sudi, I akan buat all this struggle untuk you”

Kata-kata yang tidak begitu romantik, tetapi Cik Ah tidak kisah. Cintanya berbalas. Akhirnya Riz telah meluahkan hatinya. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan, fikir Cik Ah. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir. Kemudian Riz berkata.

“Maisarah, my Sarah, my sweet Sarah. I ingin mengambil you menjadi isteri I. I harap you sudi menerima I menjadi isteri you” Riz berkata hampir berbisik. “Maisarah, my Sarah, my sweet Sarah. I love you. I sudah mencintai you sejak dari awal kita berkenalan lagi”

Mendengar kata-kata Riz itu, Cik Ah tidak dapat lagi membendung, dia membiarkan air matanya mengalir. Dia menangis kegembiraan. Perlahan-lahan Riz melepaskan tangan kiri Cik Ah, meletakkannya kedagunya dan mengangkat muka Cik Ah kearahnya. Perlahan-lahan pula Cik Ah mengangkat matanya mencari mata Riz. Mata mereka bertemu kembali. Untuk seketika tidak kata-kata yang perlu dikatakan, mereka hanya berpandangan. Dari pandangan mata mereka, pelbagai janji termetri, pelbagai harapan digarap. Membujur lalu melintang patah mereka akan hadapi bersama.

“I love you too,” kata Cik Ah, dan itu sudah mencukupi untuk Riz.

Apabila air mata kegembiraan telah kering dari mata Cik Ah, Riz telah memberitahu rancangannya. Hari Sabtu minggu depan lebih kurang pukul dua petang, keluarganya akan menghantar wakil untuk merisik. Mereka akan datang dengan dua biji kereta ke rumah Cik Ah. Kalau tidak ada aral melintang Riz merancang untuk mengadakan majlis bertunang pada hari jadi Cik Ah, ia itu lebih tiga bulan dari sekarang. Lepas tu, kalau tidak ada aral melintang lagi, mereka akan bersanding pada hari jadi Cik Ah tahun depan.

“Bila you rancang semua ni?” tanya Cik Ah yang terpegun mendengar butiran terperinci perancangan Riz.. Inilah Riz yang dia kenal, suka membuat perfect planning, Arkiteklah katakan.

“Well, you know me,” kata Riz, “kenapa? You ada idea lain ke?”

“No, bukan macam tu. Rancangan you ok. I mungkin ada plan Sabtu minggu depan,” jawab Cik Ah.

“You ada plan lain?” tanya Riz. “Kalau gitu, Sabtu lagi satulah. Tapi alamak, Sabtu lagi satu Abah outstation” Riz mengambil handphone dari poket seluarnya dan terus menekan dail mencari Calendar. Dia memerhati tarikh-tarikh yang terpapar di handphone itu.

“I kata I mungkin ada plan lain, belum confirm lagi,” kata Cik Ah yang melihat Riz yang sedang mengerut mata ke paparan handphonenya.

Riz mengangkat mukanya memandang ke arah Cik Ah yang sedang tersenyum. “You main-main kan I, eh?”

“Riz, I think better rombongan you datang Sabtu malam Ahad minggu depan. Sejuk sikit malam-malam. Lagi pun malam, orang tidak perasan sangat kalau ada dua biji kereta tertonggok depan rumah I,” kata Cik Ah.

“Hm, good idea. Itu yang I suka kat you too. Very practical. Okay you tell you parents, I will tell mine. Set. Kalau ada perubahan kita discuss lagi,” kata Riz.

Sebenarnya tidak salah pada perancangan Riz itu. Hanya Cik Ah merasakan dia perlu juga memberi pandangan dia. “I have to have my say in this,’ fikir Cik Ah.

“Abang,” tiba-tiba Cik Ah berkata.

“Abang?” tanya Riz.

“Ha ah, mulai malam ni Ah panggil you Abang,” kata Cik Ah, lembut mesra.

“Hm, Abang panggil you, Ahyang,” balas Riz, lembut dan mesra juga.

Kini sudah lebih tiga bulan mereka bertunang. Setiap kali mereka berjumpa mereka merancang masa depan mereka. Riz akan mengambil peperiksaan bahagian ketiga, bahagian terakhir yang akan menjadikan dia Arkitek Bertauliah. Dia ada beberapa projek dan sudah bersedia memulakan firma Arkiteknya sendiri. Arkitek Mysarah, itu nama firma yang bakal dikendalikannya.

Di dalam kesibukan mereka merancang, Cik Ah tidak lupa menceritakan cerita mutakhir kepada E-line dan Rinty. Mereka juga menjadi teruja dengan apa yang berlaku kepada kawan karib mereka, Cik Ah. Hingga suatu masa tiba-tiba Rinty bertanya The Ultimate Question. Cik Ah berkata dia tidak perlu menanyakan soalan itu kepada Riz. Sudah cukuplah Riz sudah pun meminangnya dan dia menerima pinangan itu.

“Memang betul juga kata korang, sejak dia melamar aku malam tu, kami terus buat plan. Infact, dia yang banyak buat planning. Arkiteklah katakan,” kata Cik Ah. “Tak terfikir pulak aku nak bertanya soalan tu”

“Sekarang dah terfikir, wouldn’t you like to know?” tanya E-line.

“It’s a fair question to ask. Kau pun nak bersama dengan dia. Kita orang perempuan tidak boleh bergantung sangat dengan lelaki. Kita kena tahu juga kedudukan kita. In case anything happen, at least kita dah prepare,” sambung Rinty.

“Betul kata Rinty, Cik Ah. Dari cara dia menjawab soalan tu kau dapat gauge ketulusan hati dia. Kalau kau rasa jawapan dia so so aja, kau better simpan duit banyak-banyak,” kata E-line

“Isy, you are gonna make me look macam mata aku ni duitan sangat,” kata Cik Ah.

“She is right, you know. You kena bersedia. Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Tapi kalau jawapan dia bagus, you gonna be one rich lady,” kata Rinty.

“So, next time kau jumpa dia, kau kena tanya soalan tu,” kata E-line.

“The Ultimate Question,” kata Rinty memberi nama khas kepada soalan itu.

“A girl has gotta know, you must ask The Ultimate Question. Kenapa.. jeng jeng jeng,” desak E-line.

“Tapi kau tahulah Riz tu, dia bukan romantik sangat, his actions speak louder than his words,” kata Cik Ah apabila E-line dan Rinty mendesak dia bertanya The Ultimate Question.

“That guy never speak of love. Sebab tu lah you kena tahu juga,” desak E-line lagi.

“Orang yang straight forward macam Riz ni, I wonder, apa jawapan dia? Atau boleh kah dia menjawab soalan itu?” desak Rinty pula.

“I think kau kena tengok reaction dia bila kau tanya soalan tu,” kata E-line.

“Reaction?” tanya Cik Ah

“Ialah, kalau dia hesitate nak jawab, I mean dia tak jawab spontaneously. You know, if he has to think to answer, it could means something else. His answer must be spontaneaous, then kita tahu its from the heart. Kalau dia takes time to think then its from the brain. Not from the heart,” jwab E-line dengan panjang lebar.

Termakan juga Cik Ah dengan desakan kawan-kawan karibnya itu. ‘It will be interesting to know,’ fikir Cik Ah.

Malam tadi, selepas makan malam, mereka telah menuju ke Dataran Merdeka, menuju ke The Seat.

“Abang, boleh Ah tanya sikit?” Well its now or never, fikir Cik Ah, ‘adakah dia akan berfikir aku kurang percaya kepadanya jika aku bertanya soalan itu?’

“Ahyang nak tanya apa?” Riz bertanya semula.

‘Kuatkan semangat,’ Cik Ah menetapkan hatinya. Ia soalan mudah, jawapannya pun boleh jadi mudah.

“Kenapa abang nak kahwin dengan Ah?” The Ultimate Question. Soalan yang mudah tetapi memberi banyak implikasi.

Cik Ah melihat tidak ada riaksi yang ketara dari Riz. Muka Riz nampak selamba, nampak seperti memikirkan jawapan. Satu saat berlalu. Saat yang terlalu panjang untuk Cik Ah. ‘Oh Tuhan, dia mengambil masa untuk menjawab soalan ini. Dua saat berlalu. Jawapan yang mudah ialah ialah kerana dia cintakan aku, tidak perlu berfikir panjang. Tiga saat berlalu. Oh Tuhan, adakah dia berfikir aku tidak percayakan dia apabila aku menanyakan soalan itu? Empat saat berlalu. Oh Tuhan, adakah dia belum mencintai aku sepenuhnya, sebab itu dia tidak dapat menjawab? Lima saat berlalu. Atau dia memang tidak mencintai aku? Dia hanya hendak berkahwin dengan aku kerana aku pilihan yang paling logik untuknya? Riz, orang yang paling rational dan paling tidak emotional.

‘Kenapa aku terikut-ikut dengan desakan E-line dan Rinty menyuruh aku bertanya soalan itu? Aku tidak perlu mengetahuinya. Apa yang perlu aku tahu ialah Riz sudah terbuka hati untuk menjadikan aku isterinya. Aku cintakan dia, tidakkah itu cukup untuk aku?’

Tadi, air muka Cik Ah penuh yakin semasa dia menanyakan soalan itu. Saat bertukar menjadi minit, Riz yang mendiamkan diri seperti mencari jawapan telah mengikis keyakinan Cik Ah.

“Abang, Ah minta maaf kerana bertanya.”

“… soalan cepumas tu?” Riz memotong kata Cik Ah sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir Cik Ah. “Ahyang ingin tahu jawapannya, really, really ingin tahu?”

“Not really,” Cik Ah cuba mencari jalan untuk menarik balik soalannya. Sekarang dia tidak pasti dia hendak mendengar jawapan dari Riz.

“Its ok, its no problemo,” kata Riz. Dia mengambil kedua-dua belah tangan Cik Ah, memegang jari-jemari Cik Ah.

“Maisarah, my Sarah, my sweet Sarah,”

‘YES’ hati Cik Ah menjerit gembira.

“Walau pun soalan Ahyang tadi nampak mudah, Abang telah mencari jawapanya di seluruh lubuk hati Abang. Abang tahu jawapannya. Tetapi Abang tidak dapat mencari kata-kata yang sesuai untuk meyakinkan Ah. Abang rasa jawapan Abang ialah begini.

“Abang bayangkan, empat puluh atau lima puluh tahun dari sekarang. Pada satu hari raya empat atau lima puluh tahun dari sekarang. When I am sixty-four, macam tajuk lagu The Beatles. Anak-anak kita datang beraya kat rumah kita, Abang nak kumpulkan semua cucu-cucu kita. Lepas tu abang nak ceritakan pada cucu-cucu kita macam mana abang mengorat Cik Ah. Kalau kita dapat sampai ke masa yang Abang bayangkan itu, apa yang terjadi di antara masa itu dan malam ini adalah bonus”

“What? Really? Betul itu jawapan Riz? Most un-romantic,” E-line menyentak.

Cik Ah mengangguk.

“Dia tak kata dia cintakan you? Dia tak kata dia sayangkan u? Dia tak kata sebab kecantikan you? Keanggunan you”? tanya E-line bertubi-tubi.

“Dia tak kata sebab kehebatan you memasak?” Rinty menyampuk sambil tergelak.

Cik Ah menggeleng-gelengkan kepala.

“Kesian,” kata Rinty lagi mengusik.

“What have you gotten yourself into Cik Ah?” tanya E-line.

“Eh eh, tunggu dulu,” kata Rinty, “Come to think of it, he makes a lot of sense”

“Memanglah dia make sense, he is famous for that. Tapi, kita perlu reassurance dari segi emosi kita. Mengetahui suami kita sayangkan kita dan juga mengatakan dia sayangkan kita, itu yang lebih penting,” kata E-line.

“Off course, Riz sayangkan you Cik Ah, betul tak?” Tanya Rinty.

Cik Ah mengangguk.

“Sayang tanpa kata-kata yang dia sayangkan you tidak cukup,” balas E-line.

“Sayang tapi tidak menjamin masa depan you lagi tidak cukup,” balas Rinty balik.

“What do you mean?” tanya E-line.

“Aku rasa Riz telah memberi jawapan yang paling tepat kepada you, Cik Ah. From an un-romantic man, that is very romantic,” kata Rinty.

“Itu jawapan romantic, kau kata?” tanya E-line. Cik Ah menoleh kearah Rinty menunggu jawapan Rinty.

“Kalau husband aku beri jawapan macam tu pada aku, I’ll be the happiest girl in the world. Kau nak tahu kenapa? Biar aku terangkan”

E-line meletakkan sudu dan garpunya dan memerhati kearah Rinty.

“Dengar sini, dia boleh kata dia cintakan kau. Dia boleh kata dia sayangkan kau. Kau adalah wanita tercantik di dunia. Masakan kau memang hebat. Dia boleh kata itu semua dan mungkin itu yang kau nak dengar dari dia. Tapi itu semua superficial. On the surface sahaja. Lips service. Everybody says that, jawapan yang banal dan cliche.

“Sebaliknya, Riz kata, kalau dia dapat mengumpulkan cucu-cucu kau, lima puluh tahun lagi dan menceritakan kepada mereka bagaimana dia mengorat kau and anything that happen in between is a bonus. Hm let me explain. Well, first dia nak ceritakan pada cucu-cucu kau macam mana dia mengorat kau. Tentunya dia akan ceritakan macammana dia tertarik kepada kau sehingga dia hendak mengorat kau. Itu aku interpretkan yang dia memang cintakan kau. Second, he mentioned fifty years from now, itu bermakna dia sudah memberi commitment kepada kau, paling kurang lima puluh tahun. That is a very long commitment. Untuk commitment yang sepanjang itu dia sudah bersedia untuk bersama kau sepenuh hatinya”

“Hm you got a point there,” kata E-line.

“Two points, dear E-line,” balas Rinty.

“And third, dia kata, apa-apa yang berlaku di antara masa itu dan malam itu adalah bonus. That means kalau you bergaduh ke lepas ini, itu pun dia kira bonus pada dia. That means he doesn’t care what you do Cik Ah. Tak, tak, maksud aku, off-course he cares, but all that matters to him is you”

“Wow, that is deep,” kata E-line.

Cik Ah mengangguk sambil tersenyum mendengar kata-kata Rinty. ‘Kata-kata Rinty memang betul.’ Fikir Cik Ah, ‘kamu berdua tidak ada di situ malam tadi. Cara Riz mengeluarkan jawapannya tanpa ada keraguan mengapa aku bertanya The Ultimate Question, telah meyakinkan aku. Lima puluh tahun adalah satu masa yang amat panjang. Satu bonus yang amat panjang. Cinta? Tentulah dia cintakan aku. Sayang? Tentulah dia sayangkan aku. Kebahagiaan? Untuk selama aku mengahwininya dia akan curahkan segala cinta, kasih sayang kepada aku untuk kebahagiaan ku. Macam mana aku tahu semua ini? Riz telah memberitahu aku malam tadi. Dan cara dia mengatakannya kata-katanya malam tadi, tidak banal atau cliche. Ia datang dari hati yang tulus ikhlas. Tidak kisahlah dia tidak romantik. Tidak kisahlah dia lurus bendul. Aku puas hati dengan jawapan kepada The Ultimate Question yang dia berikan. Akan ada percanggahan antara kami, mungkin ada pergaduhan antara kami, tetapi aku tahu dan aku tidak perlu takut. Riz adalah untuk aku selama-lamanya. This is going to be a long and wonderful fifty years or more. Oh Abang Riz, Abang Rizman, Abang Riz the Man.’

“Kau nampak lebih yakin sekarang Cik Ah,” kata E-line

Cik Ah mengangguk, “Korang nak tahu tak? Malam tadi aku bagi tahu Riz, soalan tu kita bertiga gelar the Ultimate Question. Nak tahu apa dia kata?”

Kedua-dua E-line dan Rinty memandang kearah Cik Ah.

“Dia tanya aku, ‘you nak tahu the Ultimate Answer?” kata Cik Ah.

“Ha apa kata dia?” tanya Rinty tidak sabar.

” To The Ultimate Question, kenapa Abang nak kahwin dengan Ahyang?” kata Riz sambil merenung ke dalam mata Cik Ah. “The Ultimate Answer is ever so simple. You and me, babe. Just you and me. Just the two of us. Just between the two of us. Nothing else matters”

Mendengar jawapan Riz dari Cik Ah, kedua-dua E-line dan Rinty serentak berkata, “Wow romantic nya…”

Gimana bagus tak,,, bisa mengisi waktu kosong anda agar tak sia2,,, hheh
 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada 21/03/2011 in Cerpen

 

Tag:

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: