RSS

Inspirasi cinta

21 Mar

Setibanya Lea diperpustakaan,dia terus menuju ke arah rak buku rujukan yang digemarinya.Setelah puas mencari buku yang dikehendakinya,Azalea akhirnya membuat keputusan untuk mengambil buku yang terletak di bahagian atas rak.Oleh sebab buku itu berada di tempat yang agak tinggi,Lea mengambil masa untuk mengambilnya.
“Eh,sedikit saja lagi Lea…yes aku berjaya…”bisik hati kecil Azalea.Tiba-tiba,belum sempat Lea mencapainya ada tangan lain yang terlebih dahulu mencapainya.Apalagi mengamuklah kerja Azalea.
“Hoi,siapa yang ambik buku tu?”jerit Azalea menyebabkan semua yang berada diperpustakaan memandang ke arah Azalea
“Apa pandang-pandang?tak pernah tengok orang ke?”jerkah Azalea kepada semua orang yang memandangnya.Syafiqzi berasa keadaan di sekelilingnya lain daripada biasanya.Lantas dia berjalan menuju ke arah rak yang terletak disebelah sana.Dia berdiri sambil membawa buku yang ingin dipinjamnya itu.Tiba-tiba langkahnya kaku apabila melihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya itu…dan Azalea berpaling ke arahnya.
“Eh,itu buku yang aku nak ambil tadi!Oh,kau rupa-rupanya yang ambil buku tue!Kenapa kau selalu cari problem dengan aku hah?”marah Azalea sambil membuntingkan mata bundar hazelnutnya ke arah Syafiqzi.Cutenya minah ni!bila tengah marah lagi cute dengan matanya yang comel tu…”bisik hati kecil Fiq.
“Eh,aku mana tahu ini buku yang kau nak!Lagipun ada nama kau ke pada buku nie?”balas Syafiqzi sambil menayangkan buku tersebut di depan muka Azalea.Semua yang ada diperpustakaan ketawa melihat insiden di antara Azalea dengan Syafiqzi.
“Weh bro,kau jangan main-main dengan aku.Aku tahula yang kau nie nak balas dendam dekat aku pasal dulu kan?takkan tak cukup lagi apa yang kau dah buat dekat aku masa birthday Amir dulu?”tengking Azalea .
“Balas dendam?balas dendam apa pulak ni!Memang aku tak tahu yang kau nak buku nie,lagipun siapa yang cepat,dia yang akan dapat,right?”soal Syafiqzi lalu membuatkan Lea bertambah bengang. “Hei mamat!Kau nie kenapa hah?”kat mane je aku pergi kalau ada kau mesti akan timbul problem!kau nie memang …memang…
“Memang apa?cakaplah atau kau tak tahu nak cakap apa?”soal Fiq.Ataupun kau nak cakap aku seorang jejaka yang macho dan handsome?soal Fiq lagi.
“Weik…meluat aku mendengarnya…sebenarnya aku nak cakap perangai kau nie mengalahkan beruk dekat zoo tue!”Tengking Azalea.
“Eloklah tue,kau kata aku macam beruk tapi kau pulak macam babun betina dalam hutan tau!”jawab Syafiqzi.Azalea bertambah bengang dengan Syafiqzi dan…Fine!Fine!Ok aku mengalah kali ni,tapi kau ingat aku takkan bertolak ansur dengan kau lagi selepas ini!ujar Lea. “Eele…kita tengok siapa yang bertolak ansur dengan siapa sebenarnya.Ok.Bye…bye…BABUN Kesayanganku,”ujar Fiq lagi. “Babun kepala otak kau…selamat jalan Beruk “jerit Azalea menyebabkan Fiq ketawa terbahak-bahak.

BAB DUA

“Ok para pelajar semua,kita akan mendengar taklimat setibanya kita di Hutan Lipur Kemahang”,ujar Cikgu Azman selaku ketua guru pengiring Kelab Kembara Sekolah Menengah Kamil.Akhirnya,mereka tiba setelah hampir 3 jam setengah perjalanan mereka.Mereka berkumpul di tempat lapang untuk mendengar taklimat dan seterusnya dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.
“Eh Lea,kau tengok tue!”ujar Farah sambil menunding jari telunjuknya ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang duduk di seberang jalan.
“Kenapa?Aku nampaklah…tue mamat yang kau minat kan?siapa nama dia ek?Taufiq kan?”jawab Lea.
“Bukanlah.Aku suruh kau tengok dekat sana la!Kau nampak tak tue Syafiqzi kan?”ucap Farah lagi.
“Kau biar betul Farah!”jerit Lea.
“Tak percaya ke?”Ok kau tengok betul-betul Lea.Marah Farah pula.
“Mak oi!!!Betul cakap kau Farah.Kenapa beruk nie selalu menganggu hidup aku?”ujar Lea sambil meraup muka dengan tangannya seolah-olah dia amat menyesal kerana terlibat dengan kem kembara ini.
“Lea…Lea…kau tengok cepat.Syafiqzi…Syafiqzi menuju ke arah kita Lea”,ucap Akma dengan nada yang cemas.
“Hai B.A.B.U.N!”Tak sangka kau pun join kem kembara nie kan?Nie mesti kau nak kejar aku ataupun kau nak tackle aku.Betul tak?usik Syafiqzi lagi.
“Woi mamat perasan!Siapalah yang nak dengan kau nie hah?Dahla perangai macam B.E.R.U.K,ada masalah psikologi pulak tue!”Hai,malangnya nasib awek atau bakal wife kau nanti dapat boyfriend atau husband macam kau.Ha…ha…ha…balas Azalea.
“Cakap tue baik-baik sikit cik adik oi,cik abang takut nanti cik adik yang dapat title tadi tau!”balas Syafiqzi lagi.
“Tuii!Balas Lea sambil meludahkan ke tanah.Jangan harap aku akan menjadi girlfriend atau wife kau tau tak!Jantan macam kau nie… tak layak untuk aku!”balas Lea.
“Jangan menyesal Lea kalau satu hari nanti kau akan jilat kembali ludah kau tadi”balas Syafiqzi. “Boleh blah la…aku akan pastikan yang aku tak akan jilat ludah aku tadi”,ujar Lea lagi. “Jom Farah,Akma,Liza!Kita pergi sana!Aku rasa panas duduk kat sini,agaknya ada setan kot kat sini”ujar Lea sebelum berlalu pergi.
“Kau rasa panas ke?tue pasal kau yang banyak buat dosa tau tak!”Tempik Syafiqzi lalu diiringi ketawa kawan-kawannya.
“Kau ni Fiq kenapa hah kau selalu ganggu si Lea tue?”soal Taufiq merangkap sahabat baik Syafiqzi.Mereka bersahabat sejak kecil dari sekolah tadika lagi.
“’Kenapa pulak?tak boleh ke?tak… aku suka bila tengok muka dia yang selalu masam dan terutamanya bila time dia marah,”balas Syafiqzi dengan gaya ala-ala seorang tomboi tengah marah. ‘’Kau jangan main-main Fiq!Aku takut nanti kau akan fall in love dengan Lea.Tambahan pula si Lea tue comel dan ada daya tarikan yang tersendiri walaupun dia tue tomboy!”ujar seorang lagi kawan Fiq,Syahmi.
“Aku?Aku yang kau kata yang akan jatuh cinta dengan minah tomboy tue?Woi kawan,kau ingat aku nie buta ke apa hah?Dahla korang…aku nak korang ingat yang selera aku bukan macam tue..She is not my taste okay!”balas Syafiqzi dengan angkuhnya.
“Fiq…Fiq…ikut suka hati kau la,tapi jangan kau datang dekat aku one day nanti cakap yang kau dah jatuh cinta dengan Lea sudah!”balas Taufiq lagi.
“Jangan harap la…nie Syafiqzi Hakim taw…setakat minah macam tue,mana aku layan”,ujar Syafiqzi. “Dahla korang,jom…jom…kita gerak dekat sana!Cikgu Aziz dah bagi arahan suruh kita semua
berkumpul dekat sana”,ajak Syahmi

BAB TIGA

“Hello,Amir!Kenapa Mir lambat sangat angkat phone?Ina penat tau nak tunggu Mir angkat phone!”ujar Ina dengan manja sekali.
“Hello, Ina nak apa?Kenapa call Mir tengah hari macam ni?”balas Amir dengan suara mendatar.
“Takkan Ina nak call pun tak boleh?nak harapkan Mir call Ina,sampai tahun depan pun Mir tak call.Kempunan la Ina nanti,Mir…Mir… kenapa nie?Mir tak sihat ke?”soal Ina lagi dengan suara sengaja dilunakkan.
“Tak ada la,Mir sihat.Ina dekat mana sekarang?soal Amir.
“Ina tengah tunggu Mir dekat restoranlah ni.Jom kita lunch sama-sama nak tak?lagipun dah lama kita tak date,”ajak Ina lagi.
“Sorry la Ina,Mir…Mir busy sekarang.Mir kena siapkan assignment BM Mir”balas Mir dengan tenang.
“Ala Mir,bolehla…Ina…Ina rindukan Mir.Tak kira Ina nak Mir datang juga,”rengek Ina.
“Betul Ina,Mir memang tak boleh join Ina.I’m really busy right know!Mir minta maaf sekali lagi,”ujar Amir dengan harapan agar Ina dapat memahami situasinya.
“Ina tak kira…Ina nak Mir datang jugak,”rengek Ina dan menyebabkan Amir rasa meluat dengan perangai Ina.
“Apa kena dengan Ina ni?Ina tak faham bahasa ke?”bentak Amir.
“Tuup”…gagang telefon telah dihempaskan disebelah sana.
“Tuela dia perangai orang perempuan.Asyik merajuk dan akhirnya minta dipujuk.Lantak kau la Ina.Aku malas nak layan karenah kau,”ngomel Amir.

Tiba-tiba saat ini dia terfikirkan akan Azalea.Gadis yang telah lama berada dalam hatinya Cuma tiada siapa yang mengetahui hatta Azalea sekalipun.Dia tidak pernah meluahkan isi hatinya kepada Azalea kerana dia amat pasti bahawa Azalea menganggapnya tidak lebih sebagai seorang kawan.Oh,Lea mesti kau tengah happy sekarang dengan kem kembara kau.Kau memang sukakan cabaran Lea…kalaulah Ina boleh berperangai sama macam kau Lea,happy la orang laki macam aku ni!bisik hati kecil Amir lagi.Sesungguhnya dia amat merindui Lea pada saat ini.

BAB EMPAT

“Ok,sekarang saya sudah agihkan kamu kapada enam kumpulan,”ujar Cikgu Aziz.
“Eh,Lea!Kau nak tahu tak yang kau ni satu group dengan si mamat handsome pujaan hati semua budak perempuan sekolah kita,”ujar Amira dengan gaya gediknya.
“Kau pehal Mira?siapa mamat yang kau kata handsome sangat hah?Kau bagitahu aku sekarang,”soal Azalea kepada Mira.
“Siapa lagi kalau bukan Mohd.Syafiqzi Hakim Bin Dato’ Idris.Wah beruntungnya kau Lea!”ujar Mira.
“What?Kau biar betul Mira!Aku tak suka kau gurau bodoh macam ni.Takkan aku satu group dengan beruk tue?”yang nyata Lea terkejut sekali.
“Kau ingat aku main-main ke Lea,dah confirm la.Tadi aku dengar dari Cikgu Aziz yang baca nama-nama ahli kumpulan.Eh,aku nak tanya sikit,apahal kau panggil Fiq jejaka idaman malaya tue beruk?”soal Mira tidak puas hati.
“Kau nak tahu jawapannya?”kerana…kerana perangai dia sebijik macam beruk dalam zoo tue.Memang menyakitkan hati.
“Kau ni biar betul Lea.Ada ke mamat punya la handsome macam tue kau kata macam beruk..Aku tengok Fiq tue dah la handsome,macho dan kaya pulak tue.Memang cukup package!Kau nie memang tak logik la Lea ataupun kau nie sebenarnya syok dekat Fiq tapi si Fiq tak layan kau and that’s why kau sakit hati dan panggil dia beruk.Betul tak Lea?
“Woi minah apahal kau cakap aku macam tue?kau ingat aku syok sangat ke dekat mamat tue…boleh blah la jantan macam tue..Kalau kau nak tahu sangat why aku panggil mamat tue beruk,kau pergilah tanya dia sendiri.Pergilah tanya dia sekarang jugak.Aku tak ada masa nak explain pasal mamat tue,”balas Azalea dengan marah.
Amira pun berlalu dengan riak tidak puas hati…
“Wow Lea,nampak gayanya kau kena get ready and start buat planlah sekarang because kau dah satu group dengan beruk tue,”ujar Farah dengan gaya seekor beruk bercakap.
“Hoi,Farah kau jangan nak buat gaya ala-ala beruk boleh tak kerana gaya tue hanya sesuai dengan mamat tue sorang je,ok?”marah Lea.
“Ok boss!”jawab Farah dengan sisa tawa masih meniti dibibir.

Selepas mengenal pasti ahli kumpulan masing-masing,semua pelajar bergerak mengikut kumpulan.Setiap kumpulan akan diiringi oleh seorang guru bertugas.
“Ok,selaku guru pengiring group kamu,saya nak kamu semua lantik ketua dan penolong ketua kumpulan group kamu,”ujar Cikgu Saiful.
“Saya cadangkan Azalea sebagai ketua group ni cikgu,”cadang Akma.
“Saya cadangkan Syafiqzi sebagai ketua group ni cikgu,”cadang Faisal pula.
“Yang mana satu saya nak pilih ni?seorang girls and seorang lagi boys.Tapi saya rasa baik Syafiqzi menjadi leader group ni kerana biasanya leader sesuatu kumpulan adalah lelaki kan?Awak ada bantahan Akma?”soal Cikgu Saiful.
“Takkan sebab dia boys cikgu!Apa tak boleh ke kaum hawa jadi ketua?”soal Akma lagi dengan nada tidak puas hati.
“Bukan macam tue,tapi kalau Syafiqzi jadi leader senang sikit nak uruskan ahli kumpulan ni.Senang nak kerahkan anak-anak buahnya buat kerja yang telah dibahagikan.Tapi kalau Azalea menjadi leader mesti susah sebab kita semua telah sedia maklum bahawa ahli group kamu ni semuanya terkenal dengan perangai nakal.
“Kalau macam tu cikgu cakap kami semua setuju cikgu,”ujar Akma.
“Azalea,saya lantik kamu jadi assistant kepada Syafiqzi.Saya harap kamu akan ikut arahan dan berikan kerjasama kepada ketua kamu,”ujar Cikgu Saiful lagi.
“Baik cikgu,insyaallah”,jawab Azalea dengan lemah sekali.Cikgu Saiful berlalu dan…
“Woi Faisal!Kenapa kau gatal-gatal pergi calonkan si Syafiqzi ni hah?”tengking Akma.
“Eh,apahal pulak?Tak boleh ke?Ikut suka hati aku la!Yang kau sibuk tue pehal?”balas Faisal pula.
“Lea tue kawan aku,mestilah aku nak dia yang jadi ketua,”ujar Akma sambil bercekak pinggang menghadap Faisal.
“Amboi cik adik,cik adik ingat cik adik seorang je ke yang ada kawan?Cik abang nie pun ada kawan jugak tau!”balas Faisal lagi.
“Kau ni memang…memang…” balas Akma sambil menghentakkan kaki tanda protes.
“Sudahlah korang berdua.Korang gaduh ni kenapa?Akma,aku pun tak nak jadi ketua,so kau tak payah la nak bela aku.Sekarang kau kena tolong aku,aku tak nak jadi assistant dia,”balas Azalea.
Syafiqzi kebetulan mendengar luahan Azalea menyampuk.
“Kenapa?Kau takut kena buli dengan aku?Tak payah risau la tapi memang confirm yang aku akan kenakan kau.Ha…ha…ha balas Syafiqzi diikuti dengan gelak tawa kawan-kawannya.
“Boleh blah la,”marah Azalea.
Tiba-tiba Cikgu Saiful muncul kembali.Syafiqzi tidak jadi hendak membalas kata-kata Azalea.
“Ok,kita akan mendirikan khemah kita disini.Saya nak semua orang bergotong-royong memasang khemah tersebut.Jangan ada yang curi tulang sudah,”ujar Cikgu Saiful lagi.
“Syafiqzi,sekarang saya serahkan kepada awak untuk handle group awak.Saya harap awak akan jadi leader yang bertanggungjawab,”tambah Cikgu Saiful lagi.
“Baiklah cikgu”jawab Syafiqzi sambil tersenyum mengejek kepada Azalea dan membuatkan Azalea memalingkan mukanya ke arah lain.
“Saya nak kamu semua tahu yang saya tak akan berada di sini selama tempoh kamu bercamping kerana kehendak program ini supaya kamu semua berdikari,”ujar Cikgu Saiful lagi.
“Ok, cikgu kami semua faham,”jawab mereka serentak.Semua cikgu termasuk sekali Cikgu Saiful bergerak meninggalkan kawasan perkhemahan tersebut.
“Sekarang Cikgu Saiful dah tak ada.Bermakna sebagai ketua group ni,aku nak korang bekerjasama dengan aku,boleh?”soal Syafiqzi kepada ahli kumpulannya yang terdiri dariapada lapan orang ahli.
“Boleh,boss!”jawab mereka semua kecuali Azalea.
“So,sekarang kita akan pasang empat khemah untuk tidur malam ni.Dua khemah untuk girls dan dua khemah untuk boys.Aku takkan tentukan dengan siapa yang korang nak duduk,jadi bebaslah korang nak pilih siapa,”beritahu Syafiqzi.
“Sebelum tue,aku nak tanya sikit dekat budak perempuan siapa yang diantara korang berempat nie pandai memasak?”soal Syafiqzi.Apalagi,semua budak perempuan pun berpandangan sesama sendiri.Farah menoleh ke arah Liza,Liza pula menoleh ke arah Akma dan Akma pula akhirnya berpaling ke arah Lea.Lea apalagi pun…
“Atau korang semua ni tak pandai masak?ni lah perempuan zaman sekarang.Tak reti lansung memasak.Kalau macam tue,aku dan Taufiq akan memasak.Nak harapkan korang,mati kebuluranlah kami semua,”ujar Syafiqzi dengan panjang lebar.
“Yelah,tengok group orang lain.Semua budak perempuan pandai masak.Lebih-lebih group si Faris tue,ada Mira lagi.Aduhai malangnya nasib group aku nie!”Faisal berkata dengan nada menyindir.
“Tak payah la kau nak masak.Aku…aku boleh handle bab masak ni.Aku cuma perlukan assistant dan aku pilih kau,Fiq sebab kau kata kau pandai masak kan?Jom aku nak bertanding masak dengan kau.Kalau aku menang,aku nak kau yang masak selama satu minggu kita disini.Tapi kalau kau menang,aku akan ikut cakap kau,”terang Azalea.
“Ok,aku no problem.Tapi kau mesti ingat apa yang kau dah janji tadi.Jangan mungkiri pulak!”jawab Syafiqzi.
“Jangan risau semua keturunan aku tak pernah mungkir janji.Begitu juga aku!”balas Lea.
“Baiklah,”jawab Fiq.Dalam hati dia telah merancang untuk mengenakan Azalea.Dia yakin bahawa Lea akan kalah kepadanya.
Sudah siap semua memasang khemah,mereka mengemas barang masig-masing.Selepas itu,mereka keluar dari khemah untuk menyediakan makan tengah hari.
“Sekarang aku nak kau tolong aku hiris bawang besar ni,Lea”arah Fiq.
“Eh,tadikan kau yang yang jadi assistant aku kan!Kenapa aku pula yang jadi assistant kau sekarang?”marah Lea.
“Siapa cakap aku jadi assistant kau?Ada bukti ke?Dah jangan banyak cakap lagi.Sekarang kau jadi assistant aku,”selamba rock je Syafiqzi menjawab.
“Tapi…”
“Dah tak ada tapi tapi…pergi buat kerja cepat.Aku tak suka dengan orang-orang yang menangguhkan kerja mereka!”marah Syafiqzi.
“Ngee macam aku suruh kau suka dekat aku!”balas Lea.
“Eh,menjawab pula kau ye!”balas Fiq.
“Biarlah…yang kau sibuk tue kenapa?”soal Lea lagi.
“Kau ni memang nak kena!”marah Fiq lalu melangkah mendekati Lea.Kini hanya sejengkal yang memisahkan kedudukan mereka.Azalea juga tidak mahu mengalah.Dia berdiri tegak sambil bercekak pinggang menghadap Syafiqzi.
“Apa?kau ingat aku takut dengan kau?”marah Lea.
“Kau nie tak pernah takut dengan aku ya!Mulut kau tu tak henti-henti menjawab bila aku cakap dengan kau.Sekali aku tampar kau baru kau tau!”marah Fiq.
“Tamparlah kalau berani!”cabar Lea.
“Dupp”bunyi yang sangat kuat apabila Fiq menumbuk batang pokok yang berdekatan.
“Kalau ikut hati aku,memang dah lama aku tampar kau perempuan.Tapi aku tak sampai hati nak cederakan bibir munggil milik kau.”Aku…aku tak sampai hati…
“Cis,alasan…kau cakaplah yang kau sebenarnya tak berani.Betul tak?”
“Lea,Fiq sudah la tue!Korang nak kita mati kebulur ke?”Aku dah lapar nie!Cepatlah masak,marah Taufiq.
“Aku memang nak masak tapi minah ni tak nak tolong aku,”beritahu Syafiqzi kepada Taufiq.
“Tapi Taufiq,aku bukan janji macam ni tadi!”jawab Lea.
“Ah,tak ada tapi,tapi lagi aku nak kau kotakan janji kau tadi Lea”tambah Taufiq lagi.
“Yela…yela…”akhirnya Azalea akur.Di dalam hatinya hanya tuhan yang tahu.Betapa dia benci akan lelaki yang bernama Syafiqzi Hakim.
“Mana bawang besar tadi?kau letak dekat mana?”soal Lea.
“Kau buta ke?tu kat depan mata kau apa?atau kau tak kenal apa itu bawang besar?”sindir Syafiqzi.
Lea berasa bengang dengan Syafiqzi.Memang dia tak pernah kenal apa itu bawang besar.Seumur hidup dia,dia tak pernah menolong mamanya di dapur.Dia terasa hati dengan sikap Syafiqzi.Walau bagaimanapun,dia tak akan mempamerkan rasa sedihnya di hadapan mamat tak berguna ni.Dia segera menghiris bawang besar dengan cermat.Apa yang berlaku kepadanya ialah matanya terasa sangat pedih.
“Ya Allah…pedihnya biji mata aku.”Bisik hati kecil Lea.Oleh sebab terlalu pedih,dia berusaha untuk menyiapkan kerja itu dengan secepat mungkin.Apalagi…Azalea pun terhiris jari terlunjuknya dan…
“Ya Allah Lea!Kenapa dengan kau ni?”jerit Farah yang kebetulan lalu di kawasan Lea memasak.
“Fiq!Apa yang kau dah buat dengan kawan aku hah?”marah Farah.
Luka yang di alami Lea agak dalam.Habis tempat tersebut dipenuhi dengan titisan darah Lea.
“Buat apa pulak?Dah dia yang tak hati-hati.Janganlah kau salahkan aku pula!”bentak Fiq.
“Betul Farah.Dah aku yang tak berhati-hati semasa buat kerja.Mata aku tak boleh buka tadi sebab terlalu pedih.Tue yang aku main hiris je,”terang Lea.
Syafiqzi berasa terkejut namun cepat dikawalnya.Betul,ni first time dia dengar Azalea bercakap dalam nada yang baik dan rendah pasalnya.Dalam hatinya terbit rasa bersalah.
“Lea,kau sakit tak?kau ada emergency box tak?”soal Fiq.
“Ada…dalam beg dalam khemah aku”balas Lea.
Tanpa membuang masa lagi,Fiq mengorek langkah menuju ke arah khemah milik Lea untuk mengambil kotak tersebut.Setibanya dia disana,dengan segera dia membuka beg milik Azalea dan dia terjumpa sekeping gambar milik Azalea.
“Wah,comelnya dia masa kecil dulu,”ucap Syafiqzi dengan perlahan.Sungguh!Gambar kanak-kanak dalam lingkungan lima tahun ni amat comel!
Farah berlalu pergi kerana Liza telah memanggilnya untuk mencari kayu api untuk menyalakan unggun api pada malam ini.
“Lea,mari sini tangan kau.Biar aku sapukan ubat,”Syafiqzi memberi arahan kepada Lea.
“Aku boleh sapu sendirilah,”jawab Azalea.
“Lantak kau lah.Degil sangat.Jangan kata aku ketua yang tak bertanggungjawab sudah,”Syafiqzi mengingatkan Lea.
“Aku bukan kaki mengadu tau,”marah Lea.
Tiba-tiba seorang lelaki yang tak kurang handsomenya berjalan menuju ke arah Azalea.
“Lea kenapa ni?meh sini tangan Lea,Ris nak tengok”ujar Faris Daniel lelaki yang juga menaruh hati kepada Azalea walaupun dia terkenal dengan sikapnya yang playboy itu.
“Eh,tak ada apa-apa lah Ris…Lea ok,”jawab Lea dengan nada yang tak senang.
“Baguslah macam tu.Ris bukan apa cuma risau kalau Lea rasa sakit,”balas Faris lagi membuatkan Syafiqzi meluat.
“Ok la Lea.”Ris pergi dulu ye.Kalau Lea ada apa-apa problem,Lea boleh panggil Ris.Ris ada dekat group sebelah.
“Ok Fiq,aku chow dulu ek!Tolong tengok-tengokkan Lea untuk aku ok,”pesan Faris kepada Syafiqzi sebelum berlalu pergi.
“Wah hebatnya kau Lea!Kau boleh buat Faris tu minat dekat kau.Tak percaya aku!”sindir Syafiqzi.
“Faris?kau kata Faris tu minat dekat aku?kau dah gila ke agaknya!Faris tu aku anggap macam kawan je tau.Aku gelilah kalau kau sebut benda-benda macam ni!”marah Azalea.
“Eele…jual mahal konon.Kau ingat aku tak tahu perangai kau macam mana?”sindir Fiq lagi.
“Kau ni apahal?Asyik nak cari masalah dengan aku je…kalau betul pun,kau kenapa?Kau ni bapak aku ke?Apa hubungan kau dengan aku?”soal Azalea dengan tengkingan dann membuatkan Syafiqzi tersentak.
“Aku…aku…aku kan leader kau.Mestilah aku kena ambik tau pasal anak buah aku,”balas Syafiqzi untuk menutup rasa malunya.
“Leader…leader kepala hotak kau!”Kau bukan leader aku selama-lamanya.Kau hanya leader aku waktu camping je.Tak payah la kau nak masuk campur urusan orang lain.
“Sudahlah,aku tak nak cakap pasal ni lagi…sekarang aku nak Akma gantikan tempat kau untuk jadi assistant aku.Pergi panggil Akma cepat!Nanti tak pasal-pasal kebulur semua ahli group ni,”arah Syafiqzi.

BAB LIMA

“Mir,kenapa ni?Makanlah jangan termenung je,”ujar Puan Halimah kepada anak lelaki kesayangannya itu.
“Sejak akhir-akhir ni,mama selalu tengok Mir termenung.Mir ada masalah ke?”soal Puan Halimah lagi.
“Eh,tak ada apa-apa la ma.Mir cuma penat dengan kelas ma.Mama tak payah la nak risau.Mir pandai jaga diri,”balas Amir lambat-lambat.
“Bukan apa…cuma mama sekarang jarang tengok Mir senyum.Dulu,Mir ni kan selalu jer sakat mama tapi sekarang…Mir dah buat mama risaulah.”
“Betul mama…maybe Mir letih sebab tu Mir selalu moody.”
“Eh,cakap moody ni,mama teringat la dekat Lea.Macam mana Lea sekarang?”
“Entahlah mama,sekarang ni Lea tengah camping dekat Hutan Lipur Kemahang rasanya.”Kenapa ma?
“Tak ada la,mama selalu tengok si Lea tu bikin kepala mamanya pusing.Mama Lea selalu juga cakap dekat mama anak dia itulah,inilah tapi perangai nakalnya membuatkan orang lain rasa terhibur,”ujar Puan Halimah lagi.
“Memang Lea tue angin satu badan tapi hati dia baik,”balas Amir sambil tersenyum-senyum.
“Amir ni kan bila mama cakap je pasal Lea,mulalah senyum sampai kat telinga.Ada apa-apa ke?”usik Puan Halimah.
“Mana ada ma.Mama kan tau yang Lea tu kawan baik Mir sejak kecil lagi.Mestilah Mir sukakan dia!”terang Amir lagi.
“Kalau ada apa-apa pun,apa salahnya kan?Mama pun berkenan dengan budak Lea tu!Tapi Mir kena ingat sikit bahawa pelajaran tu perlu diutamakan.Faham hero mama?”terang Puan Halimah lagi.
“Ok mum.”Cakap-cakap juga tapi Mir tak tengok lagi kelibat papa.Papa mana ma?”soal Amir.
“Papa Mir tu biasalah time-time macam ni mesti duduk menghadap tv.Tengok berita la tue!”jawab Puan Halimah.
“Ma,Mir masuk bilik dulu ye,”Amir nak buat revision kejap pinta Amir kepada mamanya.

BAB ENAM

“Hari ini akan diadakan jungle trekking.Sebagai group leader,aku nak korang semua bergerak dalam kumpulan,”arah Syafiqzi kepada ahli kumpulannya.Aku tak nak korang hilang atau sesat semasa dalam perjalanan ni.
“Baik boss,kitorang ni akan ikut cakap bos bukan sahaja bergerak dalam kumpulan bahkan kitorang akan memberikan kerjasama!”ujar Syahmi penuh bersemangat diikuti oleh anggukkan oleh Taufiq dan Faisal.
“Cewah…semangat betul mamat ni!”ujar Liza dengan nada yang menyindir.
“Eh,aku cakap yang betul la!Yang kau perli-perli aku tue apahal?”marah Syahmi kepada Liza.
“Sudah,sudah korang berdua nie asyik bergaduh je kalau berjumpa tak ubah macam anjing dengan kucing!”marah Syafiqzi apabila melihat pertengkaran mereka berdua.
Liza pun berlalu meninggalkan mereka untuk menyiapkan persiapan jungle trekking bersama dengan Lea,Farah dan Akma.
“Eele…kau apa kurangnya Fiq!Tu hah!Kau tengok kat sana.Kau nampak Lea tak?”aju Taufiq kepada Syafiqzi.
“Lea…kenapa dengan minah tu?ataupun kau nak cakap apa sebenarnya dekat aku?Aku dengan Lea tu lain!Dia tue bukan perempuan tapi…
“Tapi apa?Aku tengok dia tue macam perempuan lain jugak cuma perangai dia je yang lain sikit”terang Taufiq lagi.
“Tu yang nak aku cakap dari tadi.Kau pulak baru cakap.So,tak payah aku terangkan lagi,”ujar Syafiqzi.Sedang mereka berdua asyik bersembang,Azalea melangkah menuju ke arah mereka berdua.
“Woi,bila korang nak siap hah?semua girls dah siap.Ni lah kaum adam.Selalu je buang masa!”bebel Azalea.
“Bila masa kita buang masa Lea?”soal Taufiq.
“La…yang korang syok berbual tadi apahal?”jawab Azalea.
“Sudahlah…jom kita gerak sekarang.Lagipun aku dah siap pack barang aku.Au rasa semua budak lelaki dalam group ni pun dah siap pack barang diorang kot,”ujar Syafiqzi kerana malas hendak melayan karenah Lea.Lagi dilayan makin bertambah masalah dia dengan Tg.Azalea Marcella…bisik hati kecil Syafiqzi.
“Ok…kalau macam tu,aku pergi bagitahu diorang dulu.Rasa macam tak sabar je aku nak pergi jungle trekking!”ujar Azalea dengan penuh perasaan.Dia terlupa sebentar akan kehadiran musuhnya,Syafiqzi.
“Eele…minah ni jiwang karat la pulak!”Dahla pergi panggil diorang cepat!Marah Syafiqzi menyebabkan Azalea tersentak daripada lamunannya.
“Yelah…kau ni memang tak boleh tengok aku senang sikit.Mesti nak kenakan aku jer!”marah Azalea menyebabkan Syafiqzi tersenyum.
Mereka berkumpul sebelum memulakan aktiviti jungle trekking mereka.Mereka bertolak setelah mengenal pasti sekali lagi bilangan ahli kumpulannya cukup.
“Lea,kau tengok tue!”Wah,cantiknya permandangan air tejun kat sana!.Kita pergi mandi nak tak?ajak Farah.
“Gila ke kau ni!”Takkan kita nak mandi dengan pakai baju macam ni?cakap tue biar logik sikit.
“Aku saja nak test kau.Mana la tau kalau-kalau kau berminat,”ucap Farah untuk membela diri.
“Memang kalau ikut hati aku,aku nak mandi jugak,tapi…
“Tapi apa?”atau kau takut dengan leader kita tu…
“Kau cakap elok-elok sikit Farah.Takkan la nak takut dengan si mangkuk ayun tue?eeeii…tolong la…dengan lantang Lea bersuara menyebabkan Syafiqzi terdengar akan perbualan mereka.Berdesing telinga Syafiqzi dan menyebabkan kedua-dua belah telinganya kemerahan.
“Woi!Apa yang korang berdua tengah buat hah?”orang lain sibuk mendaki,korang pulak sibuk mengumpat!”marah Syafiqzi.
“Eh,mana ada!!!Farah,ada kita cakap pasal mamat ni tadi?”jangan la nak perasaan.Kau tue siapa?ujar Lea dengan senyuman sinis yang sengaja dibuat-buat.
“Macam la aku tak dengar yang kau mengata aku tadi.Lain kali kalau nak mengumpat,pelan-pelan la sikit kalau kau tak nak orang dengar,”balas Syafiqzi dengan nada yang sinis.
“Kau ni apahal?Lantak aku la,mulut aku!”Ada aku pinjam mulut kau dengan air liur kau untuk bercakap?tak ada kan?so,kau jangan nak sibuk hal aku,marah Azalea.
Syafiqzi terkedu,dia kehilangan kata untuk bedebat dengan Lea.Lantas dia melangkah pergi dari situ dengan satu perasaan…jaga kau Lea,nanti aku akan kenakan kau cukup-cukup…bisik hati kecil Syafiqzi.
“Lea…Lea tue la kau,kan aku dah cakap kalau nak mengumpat tue pelan-pelan.Kan dah kantoi,”ujar Farah dengan bersungguh-sungguh.
“Biarlah dia dengar…tak rugi pun malah aku lebih suka kerana dapat menyakitkan hati mamat tue.”Ha…ha…ha…aku rasa macam satu kepuasan yang tak terhingga apabila dapat menyakitkan hati dia.
“Kau jangan Lea…aku takut nanti one day kau sangkut dengan mamat tue.Aku bukan apa,kau janganlah membenci dia berlebih-lebihan nanti tak pasal-pasal rasa benci kau tue bertukar jadi rasa sayang pulak!”Naya kau Lea balas Farah lagi.
“Dahlah,malas la aku nak fikir pasal mamat tak berguna tue dan aku nak kau tahu satu hal Farah yang aku tak akan pernah jatuh cinta kepadanya dan tak akan pernah sesekali menyayanginya walau apa pun yang berlaku!Itu janji aku kat kau dan aku akan pastikan ianya menjadi kenyataan.
“Wah Lea…confirm betul kau ni!”Tak baik tau kalau janji tak ditepati.Jangan kau berjanji kalau benda tue tak pasti lagi…ujar Farah dengan panjang lebar.
“Malas la cakap pasal ni lagi.Ok,jom kita sertai group kita.Lagipun aku tengok dah ramai group yang hampir tiba dipuncak bukit tue.Cepat la Farah.Aku dah tak sabar ni.”
“Jom,”balas Farah.
Setelah berjalan hampir 2 jam,mereka telah tiba di puncak bukit tersebut.Suasana disana amat nyaman dan damai.Udaranya amat segar ditambah lagi dengan kehadiran wangi-wangian daripada pelbagai jenis bunga-bungaan di lereng bukit itu.Begitu juga dengan bunyi-bunyian yang begitu mendamaikan seperti bunyi kicauan burung dan unggas-unggas di rimba.Suasana ini amat tenang dan damai dari kesibukan kota raya.Di suatu sudut,kelihatan Azalea dan rakan-rakan yang lain sibuk mengambil gambar permandangan yang memukau mata kepada sesiapa yang melihatnya di atas puncak bukit itu.Tiba-tiba,mereka didatangi seseorang remaja lelaki.
“Hai! Lea tengah buat apa?”boleh Ris join?tanya Faris lagi.
“Eh,boleh apa salahnya,”balas Azalea dengan perasaan yang tidak tenang dan berkecamuk.Apalagi dulu,Faris pernah meluahkan rasa cintanya kepada Lea.Tapi itu dulu,masa dia form four.Sekarang ni dia berharap perasaan itu tak lagi wujud dalam hati Faris.
“Eh Lea,kitorang dah nak pergi dekat sana!Tak apa kan kita tinggal korang berdua kat sini?”soal Akma kepada Lea sambil menyenyitkan mata kepada Lea.
“Korang nak pergi mana pulak ni?”aju Lea kepada rakan-rakannya.Lantas dia merapati Akma.
“Takkan kau tak tahu?”kami nak bagi kau peluang untuk cinta-cintan dengan si Faris tue.Bye…bye.Have a nice day Lea,balas Akma lagi.
Azalea terkaku dan tidak tahu apalagi cara dia hendak lakukan untuk mengelak daripada Faris.Benci sungguh dia dengan gelagat kawan-kawanya yang asyik mahu merapatkan dia dengan kaum adam ini.
“Lea…mari duduk sini.Ris ada benda sikit nak cakap dengan Lea,”ajak Faris dengan lembut sekali.
“Ada apa?Lea tak boleh lama-lama kerana Lea kena join group Lea kat sana,”ujar Lea sambil jarinya telunjuknya menunding ke arah groupnya yang berkumpul di sebelah sana.Di situ,dia melihat Syafiqzi dan rakan-rakannya sedang rancak bercerita.Tanpa dia sedar,ada sepasang mata yang asyik memerhatinya daripada jauh.Sepasang anak mata milik Syafiqzi.

“Lea sebenarnya…sebenarnya…Ris ada benda penting nak bagitau Lea,”gumam Faris.
“Apa yang penting sangat ni?Janganlah tunjuk muka yang serius.Ngee…mengerikan la kalau Ris buat muka macam tue!!!”Sempat lagi Lea bergurau untuk menghilangkan rasa debaran yang sudah menjengah dalam hatinya.
“Actually,Faris masih sayangkan Lea!Would you like to be my special girlfriend?”lamar Faris dengan bersungguh-sungguh.
Alangkah terkejutnya Azalea apabila hal lama diungkit lagi.Lantas dia mendongakkan kepala untuk melihat ke dalam anak mata Faris.Dia merenung jauh ke dalam anak mata milik Faris.
“Jawapan Lea tetap sama seperti dulu Ris.Lea hanya menganggap Ris sebagai kawan je…dan tak lebih daripada itu,”balas Azalea lambat-lambat dan berharap agar Faris tidak lagi memanjangkan hal ini.Tapi jangkaannya melesat sama sekali..
“Tapi Lea,Ris betul-betul sayangkan Lea!Ris nak Lea sentiasa ada disamping Ris.Ris tahu Ris ni playboy tapi dalam hati Ris hanya ada Lea seorang je.”Ris…Faris tidak jadi untuk meneruskan kata-katanya apabila jari runcing milik Azalea menyentuh rapat bibirnya.
“Cukup Faris!Lea tak nak pengakuan Ris menyebabkan hubungan persahabatan kita putus!Lea tak nak hubungan kawan kita selama ini berakhir di sini hanya kerana kata-kata yang Ris luah tadi.Lea hanya anggap Ris sebagai kawan.Lea harap Ris mengerti.Lea ingin berlalu dari situ kerana tidak mahu lagi memanjangkan hal ini namun dengan pantas lengannya disambar oleh Faris.
“Apa ni Faris?Lea tak suka Ris buat Lea macam ni!Lepaskan Lea!!!”
“Ris tak akan lepaskan Lea selagi Lea tak terima Ris…”bentak Faris.
“Tolonglah Faris…sebelum Lea hilang sabar lebih baik Ris lepaskan Lea!”Lea tak suka diperlakukan macam ni.Nanti apa kata kawan-kawan kita apabila tengok keadaan kita macam ni?marah Lea.
Faris lansung tidak menghiraukan amarah Lea malah dia lantas berdiri untuk merapatkan badannya ke arah Azalea.Hanya satu inci memisahkan tubuh mereka.Faris cuba untuk memeluk Lea.
Azalea hilang sabar akibat perlakuan Faris yang sudah menggila.
“Eh jantan!Kau jangan ingat kau berhak sentuh aku!”pekik Azalea menyebabkan semua orang yang berada di situ memandang ke arah mereka dengan riak muka yang berbeza.Ada yang terkejut melihat perlakuan berani Faris yang hendak memeluk Lea dan ada jugak yang melihat Azalea dengan senyuman yang sinis dan mengejek.Manakala Faris tidak juga mengendahkan pandangan orang ramai tapi semakin kuat memegang tubuh Lea dan memeluk pinggan Lea tetapi ada seseorang yang datang melangkah ke arah mereka…
“Hoi Faris!!!Apa yang kau cuba buat dengan Lea hah?”marah Syafiqzi.Mukanya merah menahan perasaan marah yang membuak-buak kepada Faris.
“Kau peduli apa Fiq?”Azalea milik aku!Kau jangan masuk campur dalam urusan kami!Marah Faris.
“Sebagai ketua kumpulan,aku bertanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak buah aku.”Sekarang kau lepaskan Lea.Syafiqzi cuba memegang tangan Azalea untuk dibawa pergi tapi dengan tidak semena-mena satu tumbukan telah dilepaskan Faris dan tepat megenai bibir Syafiqzi.Darah membuak-buak keluar dari bibir milik Syafiqzi.
“Kau ni memang nak kena!Syafiqzi lantas membalas tumbukan Faris.Akibat penangan yang kuat daripada Syafiqzi,Faris jatuh tersungkur.Faris akui memang sukar dia untuk mengelak daripada tumbukan Syafiqzi kerana tubuh Syafiqzi yang amat tegap itu serta kemahiran yang terdapat pada diri Syafiqzi sebagai pemilik tali pinggang hitam taekwando.Namun dia tak akan pernah mengalah kerana tidak mahu lemah di depan mata Lea.Lantas dia bangun untuk membalas tumbukan itu.Azalea yang pada mulanya hanya berdiam diri kerana terkejut yang teramat sangat lantas meluru ke tengah-tengah dua orang remaja lelaki tersebut untuk menenangkan keadaan.
“Sudah…sudah!!!Janganlah korang bergaduh disebabkan aku!!!”Jerit Azalea namun tiada siapa antara mereka berdua yang mengendahkan kehadirannya.Orang ramai mula membanjiri tempat tersebut untuk melihat secara lebih dekat apa yang sedang berlaku.Mereka mula berbisik antara satu sama lain dan memandang Azalea dengan wajah yang sinis.Turut serta Farah,Akma dan Liza yang masih kehairanan melihat Syafiqzi terlibat dalam pergaduhan ini.Azalea berasa sangat malu dengan keadaan sekarang dan menjerit dengan sekuat hati.
“Sudah!!!”Aku kata sudah!Bodohnya korang berdua ni!!!Aku malu…malu sangat.Kenapa korang tak habis-habis nak malukan aku hah?aku pun ada maruah!!!”jerit Azalea sambil teresak-esak dia menangis.
Syafiqzi terkedu.Benarkan apa yang dia lihat?Azalea mengalirkan air mata.Azalea menangis dan betapa sayunya tangisan itu!Benar,dia tidak bermimpi.Faris ingin mendapatkan Azalea tapi pantas dihalang oleh Syafiqzi.Pada masa yang sama,Azalea berlari meninggalkan kawasan tersebut dengan tangisan yang masih belum berhenti dan semakin galak air matanya mengalir keluar.Sungguh dia merasakan maruahnya dipijak orang.Alangkah malunya dia di kala itu.
“Faris,biarlah Lea tenangkan diri dia dulu!”Kalau boleh kau jangan ganggu dia lagi!ujar Syafiqzi.
“Kau apahal?Kau siapa nak halang hubungan aku dengan Lea?”marah Faris dan ingat satu hal,aku nak kau jauhkan diri kau daripada Lea.Lea milik aku!Ingat tue!Kalau tak, siap kau aku kerjakan sebelum dia berlalu pergi.
Syafiqzi juga mengorek langkahnya tanpa mempedulikan pandangan orang lain.Hala tujunya hanya satu untuk mencari Azalea.Puas dia mencari,akhirnya dia terdengar suara tangisan yang mendayu-dayu.Dia melihat sekujur tubuh yang tersandar di sebatang pokok tidak jauh dari situ.Syafiqzi berjalan mendekati Azalea.
“Lea…Lea pandang aku Lea…”panggil Syafiqzi perlahan-lahan.Namun Azalea tidak menghiraukan panggilan Syafiqzi.Syafiqzi semakin buntu.Tangisan Lea semakin menjadi-jadi.Syafiqzi menjadi tidak keruan.Dia serba salah utuk memegang bahu Azalea tapi dia menguatkan semangat dia.Sambil memegang bahu Lea,Syafiqzi meluahkan kata…
“Lea…aku…aku nak minta maaf pasal tadi.”Aku ingat nak tolong kau tapi…
“Tapi apa Fiq?”tak habis-habis lagi ke kau nak malukan aku?apa dosa aku sampai kau nak malukan aku sampai macam tu sekali?Semakin deras air mata Lea mengalir…
“Lea…betul aku tak sangka keadaan akan jadi macam ni,”maafkan aku Lea ujar Fiq bersungguh-sungguh.
“Ah!sudah aku tak mahu dengar lagi.”Azalea mahu berlalu pergi dari situ.
“Kau ni memang kepala batu Lea!Kan aku dah cakap aku minta maaf!!!Kenapa kau ni susah sangat nak terima maaf aku??Kenapa kau emosional semacam je?tak macam Azalea yang aku kenal dulu!Marah Syafiqzi.Azalea tak jadi melangkah apabila mendengar kata-kata Syafiqzi itu…
“Kau ingat tomboy macam aku ni tak ada maruah ke?aku pun ada maruah jugak.Azalea menjengkilkan mata hazelnutnya kepada Syafiqzi.Air mata Lea terus mengalir ke pipi putih miliknya yang bersih daripada sebarang jerawat.Di saat itu,Syafiqzi terpaku.Dia tidak sedar apa yang baru diucapkan olehnya sebentar tadi.
“Lea…Lea…jangan salah faham,apa yang aku cakap tadi sebenarnya aku…aku…tak berniat untuk…”
“Cukup Syafiqzi!Perkataan yang keluar daripada bibir kau tadi dah cukup menghiris hati aku.”Tahniah!Kau dah berjaya menundukkan maruah aku di kaki kau!Ucap Azalea dengan sendu sambil melangkah pergi.Syafiqzi terkaku disitu.Dia tahu bahawa dia telah melakukan kesalahan yang amat berat kepada gadis itu.
“Lea…lea…”Syafiqzi cuba mngejarnya tapi Lea telah menghilang disebalik orang ramai.Aku berjanji Lea …aku akan menggembirakan hati kau semula dan aku akan pastikan maruah kau akan kembali di atas semula.Ya…aku akan pastikan.Sabar Lea,kau tunggu harinya…bisik hati kecil Syafiqzi.

BAB TUJUH

“Lea!!!Laung Amir sambil dia berlari mendapatkan Azalea.”
“Ya Mir!Dah lama aku tak jumpa kau!Kau ke mana selama ni?bila aku ajak lepak je kau buat bermacam-macam alasan.Kau sebenarnya tengah buat apa sekarang?”bebel Lea panjang lebar.
Amir hanya tersenyum.Sudah lama dia tak mendengar bibir comel milik Azalea membebel pot pet pot pet memarahi dia.Dia rindu sangat akan suara itu.
“Tak adalah…aku sibuk tengah buat preparation untuk SPM.Sebulan je lagi kita nak exam,so aku nak buat yang terbaik untuk diri aku dan untuk family aku,”balas Amir dengan spontan.
“Kau ingat kau sorang je ke yang nak ambil exam?”Woi kawan gua pun macam lu jugak…gua pun nak ambil itu punya exam…Lea membalas.
Amir hanya tersenyum dan terus tersenyum sambil matanya tenang menatap mata hazelnut milik Azalea.
“Woi!!!Kau ni senyum-senyum apahal?tak kan kau dah kena sawan?”marah Azalea apabila sejak tadi lagi dia melihat Amir memandangnya sambil tersenyum.Hairan bin ajaib sungguh mamat sorang ni.
“Mana ada…aku cuma baru perasaan yang kau ni sebenarnya comel sangat.Dah tue lawa pulak,”jelas Amir dengan lagak bersahaja.
Azalea terasa mukanya merah menahan malu.Dalam hatinya berbisik…apa kena dengan Amir ni!Puji-puji aku pulak.Nak kata aku touch make up,aku macam biasa je.
“Eh,memang aku cantik apa!”Azalea ketawa untuk menutup rasa malunya.
“Perasan la pulak minah ni tapi kan muka kau ni kalau tengah marah memang cun habis la…geram aku tengok,”balas Amir lagi.
“Kau jangan main-main Mir,aku tak suka kau buat lawak bodoh macam ni.Dahlah jom kita lepak dekat warung mee bandul nak tak?Hari ni aku yang belanja,”soal Lea lagi.
“Wah,cayalah kau ni!Dah lama aku kempunan nak makan mee bandung yang kau belanja.Maknanya hajat aku dah tercapai hari ini.Thanks God!”
“Eh,kau ni ada-ada je.Macam la aku ni kedekut sangat…aku bukan Haji Bakhil tau!”marah Azalea.
Mereka menuju ke arah warung tersebut.Kelihatan ramai pelanggan di situ.Amir dan Azalea memilh satu tempat yang agak tersorot daripada orang ramai.Selepas membuat pesanan Amir dan Azalea berbual-bual.
“Macam mana dengan life kau sekarang?dah ada peningkatan dengan Ina?”soal Azalea.
Persoalan Lea membuatkan Amir terkedu.Setiap kali dia lepak bersama,pasti Lea akan mengajukan soalan yang sama.
“Tak ada apa-apa yang berlaku antara aku dengan dia.Dia dengan hidup dia,aku dengan hidup aku.Kami dah clash!Aku memang tak sehaluan dengan dia.Sekarang ni pun dia dah ada pengganti aku.”
“Opps sorry Mir…aku tak berniat nak buat kau sedih.Aku tak tau pun yang kau dah clash dengan Ina!”balas Lea dengan kesal.
“Tak…Kau tak salah pun.Memang aku dah tak tahan dengan perangai dia.”Dahlah aku tak nak sebut pasal dia lagi.Sekarang jom kita makan.Mee bandung kita pesan tadi dah sampai!
“Ok bos!Aku janji tak akan sebut lagi pasal dia.”
“Eh,asyik kau je tanya perkembangan aku.Kau apa cerita sekarang?sejak dengar cerita tentang kau di sekolah pasal kejadian waktu camping hari tue,aku dah tak sabar nak dengar dari mulut kau sendiri.Kenapa dengan Faris?kenapa dia bertumbuk dengan si Fiq tue?”tanya Amir bersungguh-sungguh.

“Ni bab yang aku paling tak suka ni!Tapi disebabkan kau member kamceng aku,ok lah aku ceritakan dari X sampai ke Y,”balas Lea.
“Eh,tak kan sampai dekat Y je?Nie mesti kau tak nak cerita sampai habis!Tak aci betul.”
“Laa tak kan kau tak tau cerita kyle XY?Aku suka buat orang macam tu…tertunggu-tunggu,”balas Lea sambil ketawa terbahak-bahak.
“Lea kau tak kesian dekat aku ke?jangan la main-main.Cakap la cepat!”Mir menunjukkan muka seposennya.
“Ok,sebenarnya hari tue si Faris ada luahkan cintanya pada aku.Jiwang betul mamat tue.Dah aku kata tak sudi,maknanya aku tak sudilah tapi mamat tu memang tak faham bahasa.Lepas tu dia pegang tangan aku dan try nak peluk aku,”ujar Lea dengan wajah yang bengang.
“Ohh macam tu,lagi…lagi…”
“Lagi lagi senario!”Ha…ha…ha balas Lea dengan selamba.
“Apa kau ni Lea!!!Main-main la pulak.Cepatlah la continue cerita kau.Aku dah tak sabar ni.”
“Ok la.Lepas tu si Fiq tue datang.Dia try nak tolong aku tapi Faris terus je tumbuk muka si Fiq tu.Apalagi Fiq pun lawanlah balik.Tak kan kau tak tau si Fiq tu pemegang tali pinggang hitam.”
“Mesti ramai student sekolah kita tengok kan insiden tu?”tanya Amir lagi.
“Memang la.Malunya aku masa tue.Apa taknya diorang cuba salahkan aku pasal pergaduahan dua ekor mamat tue!”Tapi memang tak logikkan diorang berdua bergaduh sebab nak berebutkan aku!Right?”balas Lea.
Di saat tu,Amir hanya tersenyum menampakkan baris putih giginya yang tersusun indah.Dua lesung pipit jelas kelihatan di kiri dan kanan pipinya.Amir memang seorang lelaki yang kacak dan cantik budi bahasanya.Amir percaya bahawa Syafiqzi memang ada hati dengan Azalea.
“Eh Mir!Aku rasa dah lama kita kat sini.Mee bandung dah habis di bedal mereka berdua.Jom kita pergi lepak dekat tempat lain pulak”ajak Lea.”
Mereka berdua berlalu meninggalkan warung mee bandul tersebut.

BAB LAPAN

Akhirnya,peperiksaan SPM tiba seperti yang telah ditakdirkan harinya.Kesemua pelajar form5 menduduki exam termasuk Lea.Peperiksaan berlansung selama satu bulan.Pada hari kertas akhir,kesemua pelajar form5 berwajah ceria kerana perjuangan mereka selama 5 tahun akan berakhir pada hari ini.Ada yang melompat kegirangan dan ada juga yang berwajah muram kerana sedih akan berpisah dengan kawan-kawan mereka.Lea dan member-member menapak ke sebuah bangku yang berdekatan dengan perpustakaan sekolahnya.Mereka duduk di situ sambil membincangkan perancangan masa depan selepas ini.Farah dan Akma mahu berkerja sementara menunggu keputusan peperiksaan.Liza pila kena hadirkan diri ke Program Latihan Khidmat Negara atau nama singkatannya PLKN.Lea pula belum sure lagi dengan perancangan.Maybe dia akan mengikuti kakaknya ke UK untuk menghabiskan cutinya.
“Wah,bestnya jadi kau Lea!Boleh habiskan cuti kat oversea.Tak macam aku ni kena pergi PLKN,”tempelak Liza dan diikuti oleh anggukan Farah dan Akma.
“Aku pun tak sure lagi la,tengok keadaan dulu.Ikutkan hati aku ni,aku nak lepak je kat sini.Lagipun kakak aku kerja kat sana bukannya holiday pun!Abang ipar aku pun kerja jugak.Entah-entah aku kena jadi babysitter dekat sana…nak enjoy apanya!”bentak Lea.
“At least,kau dapat jugak jejak kaki kau dekat bumi orang Lea.Lepas tue,kau bolehlah melawat tempat-tempat menarik dekat situ!”ujar Akma pula.
“Tengoklah dulu.Kalau aku jadi pergi,aku inform kat korang ek!”Tapi kita janji jangan terputus hubungan walaupun kita tak jadi schoolmate dah,”ujar Lea lagi.
Mereka akhirnya berjanji akan terus menghubungi satu sama lain walau di mana saja mereka pergi.Bagi mereka,persahabatan adalah perkara penting dan amat berharga bagi mereka.Sedang asyik mereka berbual,tanpa mereka sedari,mereka telah didatangi oleh seorang yang tak di sangka-sangka.Kelihatan Syafiqzi melangkah ke arah mereka dengan lagak bersahaja.
“Assalamualaikum.Lea boleh aku cakap dengan kau sekejap?”pinta Syafiqzi.
Akma,Farah dan Liza melangkah pergi meninggalkan Azalea dan Syafiqzi.Mereka mahu memberi peluang kepada mereka berdua untuk menyelesaikan masalah mereka berdua tanpa sebarang gangguan.
“Eh,cakaplah cepat.Kau nak bagitau aku apa?aku…aku tak ada banyak masa ni!Kejap lagi abang aku datang nak ambik aku!”ujur Lea dengan nada yang tak senang.
“Actually,aku nak minta maaf dekat kau sebab selama ni aku dah banyak sakitkan hati kau.Pasal insiden hari tu,aku memang tak sengaja.Maafkan aku ek?aku tak tahu apa yang merasuk fikiran aku waktu tu!Aku tak sedar apa yang aku cakap!”ujar Syafiqzi dengan rasa penuh kesalan di hati dan berharap yang Azalea akan memaafkan dia.
“Dahlah…aku tak ada apa-apa pun pasal hal tu.Aku tak ambil hati pun.Aku anggap benda tue tak pernah berlaku pun.Oh ya,thanks la sebab selamatkan aku dari “jimmy the crocodile”tue!”Aku nak lupakan apa yang telah berlaku.Ok la,lepas ni anggaplah kita tak pernah kenal antara satu sama lain.Keluar dari sekolah ni,kau anggaplah kau tak pernah kenal perempuan yang bernama Azalea Marcella dan aku pun tak pernah kenal dengan lelaki yang bernama Syafiqzi Hakim.”
Fiq berasa terkejut dengan kenyataan Lea.Dia tidak menyangka yang Lea akan berbuat sedemikian.Selepas itu,Lea melangkah dan tidak lagi menoleh ke arah Syafiqzi yang termanggu-manggu di bangku tersebut.
“Nampaknya kau belum lagi maafkan aku Lea!Sebab tue kau tak mahu jumpa aku lagi.Tak apa Lea one day nanti,aku akan buat kau maafkan aku seikhlas-ikhlas hati kau,”gumam hati kecil Syafiqzi.

BAB SEMBILAN

Empat bulan kemudian,result SPM telah pun keluar.Semua student SMK.KAMIL yang mengambil SPM tahun 2010 berkumpul di dalam dewan besar sekolah tersebut untuk mengambil result masing-masing.Lea and the geng turut serta pada hari itu.Mereka beratur sambil hati masing-masing penuh debaran.
“Tahniah,Lea kau dapat straight A’s!Tahniah!!!”jerit Farah kepada Lea.
“Syukurlah,alhamdulillah..aku happy sangat!Keputusan kita semua baik-baik!Akhirnya kita berjaya!”jerit Lea kegirangan.
Kesemua member-member kamcengnya mendapat keputusan yang amat baik.Akhirnya pengorbanan mereka selama ini membuahkan hasil.Farah mendapat straight A’s juga.Akma dan Liza mendapat 8A dan 1B.Tanpa mereka sedari,Syafiqzi telah lama memerhatikan kegembiraan mereka.Syafiqzi tahu dan amat pasti bahawa Lea telah mendapatkan keputusan yang cemerlang melalui gerak-gerinya.Syafiqzi hanya tersenyum.Dia pun apa kurangnya.Dia juga mendapat straight A’s dalam keputusannya.Masing-masing pulang ke rumah untuk meraikan kejayaan dan tidak kurang juga yang pulang dengan kekecewaan.
Setibanya dirumah,Lea terus mendapatkan mamanya.Mama sempat menitiskan air mata kegembiraan dengan kejayaan anak manjanya itu.Tiba-tiba deringan telefon memecahkan kesunyian rumah tersebut.Azalea bingkas bangun untuk mengangkat telefon dan…
“Hello,Lea!”Nih Amir la!Result kau macam mana?sure excellant kan?bertalu-talu pertanyaan Amir menyebabkan Azalea tergelak besar dengan telatah kawan baiknya ini.
“Helo Mir!kot ya pun kasilah aku ambil nafas dulu!Ni tak,kau terus serang macam peluru MI6!Mana satu aku nak jawab ni?”soal Lea dengan ketawa yang masih bersisa di bibir.
“Yela…yela!Kau dapat berapa A?”tanya Amir kemudiannya.
“Aku dapat…dapat…”
“Lea!kau jangan main-mainkan aku,”marah Amir.
“Yelah…yelah!Orang nak biat suspen macam cerita James Bond pun tak boleh!Aku dapat straight A’s.Puas hati?”Azalea sengaja buat-buat marah.
“Alhamdulillah,syukur!Aku pun tumpang gembira dekat kau Lea!”balas Amir bersungguh-sungguh.
“Thanks,eh kau pulak dapat berapa?Asyik tanya orang je,”tanya Lea pula.
“Aku macam kau jugak Straight A’s!Eh,kita jumpa petang esok nak?”Aku nak belanja kau makan sempena kejayaan kita dalam SPM.Boleh tak?
“Ok,aku pun dah lama tak jumpa kau…rasa rindu pula!”
“Kenapa pulak kau ni?Nak mengatal dengan aku pulak!”Tempelak Amir.
“Eh,hello!Aku belum habis cakap lagi!Aku rindu mee bandung kat gerai mamak tu lah!Bukannya rindu kat kau.Ha…ha…ha…”Azalea terkekeh-kekeh ketawa.
Lain pula jadinya dekat Amir,habis-habisan dia hampir percaya yang Azalea rindukan dia tadi.Habis menggelabah dirinya tadi.Rasa kecewa bertandang di
“Err…tak apa la Lea.I have to go.I have work to do.”Kliks talian di putuskan…
“Hello…Hello…kenapa dengan Amir ni?Aku belum habis cakap dia dah letak phone!Ke aku tersilap cakap,”gumam Azalea kepelikkan dengan sikap Amir.
Seperti yang dijanjikan keesokan mereka berdua berjumpa di warung mee bandung mamak kegemaran mereka.

BAB SEPULUH

“Eh Mir,tiba-tiba kau letak phone semalam apahal!Aku cepuk kepala kau baru tau!”marah Lea lagi.
“Sorry,sorryla Lea..tiba-tiba mama aku panggil aku buat something!”dalih Amir.
“Sorry…sorry…sorry naik lorilah!”bentak Lea masih geram dengan tindakan Amir semalam.
“Ala…Lea!Lea bucuk-bucuk…jangan la merajuk,Mir tak reti nak pujuk!Sayangku,manjaku,intanku dan payungku janganlah merajuk!”pujuk Amir dan membuatkan Lea tersenyum dengan gelagat member baiknya itu!Mereka sudah lama mengenali satu sama lain.Sejak tadika lagi dan paling dia suka pasal Amir ialah Amir tidak pernah menyakiti hati dia serta tidak pernah mempersoalkan kenapa dia lebih suka berpewatakan seperti lelaki.
Sedang mereka asyik dengan mee bandung ditambah pula dengan teh tarik,tiba-tiba telefon Amir mengalunkan lagu Sofia Jane nyanyian Black..Amir tidak segera mengangkat telefonnya.Dibiarkan telefon itu menjerit minta diangkat.
“Woi Mir!Kenapa kau tak angkat phone tu?”tegur Lea setelah memerhatikan Amir tidak menghiraukan panggilan tu.
“Malaslah aku nak angkat!Panggilan dari Ina tu!Aku tak tahu apa lagi minah tu nak dari aku.Lagipun kitorang dah clash.Tak ada apa-apa lagi yang nak dibincangkan,”keluh Amir.
“Kut ya pun,angkat la dulu.Mana tahu kalau dia ada apa-apa benda yang penting nak bagitahu kau.Entah-entah dia dalam kesusahan ke!”tegur Lea lagi.
Amir mengambil phonenya lalu mematikannya.Lea hanya melihat perlakuan Amir tanpa memberi sebarang komen.
“Minah ni asyik kacau aku je!Dah ada balak lain pun,masih nak kacau aku lagi.Dahlah asyik merayu,memujuk sampai naik kembang tengkuk aku ni!Meluat gila,”bentak Amir dengan nada yang geram.
“Dahlah tu Mir,jangan sebab minah tue,kau spoil mood aku pulak!Lagipun dah lama kita tak jumpa dan berbual-bual macam ni kan?senyum la sikit,”pinta Azalea lalu membuatkan Amir tersenyum lebar.
“Kan handsome kalau kau senyum.Ni tak macam ayam berak kapur je tadi!Kalau kau senyum,bukan Ina je tapi berderat lagi perempuan beratur nak dekat kau!Kau kan kacak orangnya,dahlah muka macam Brad Pitt!Alamatnya ramailah Angelina Jolie tergila-gilakan kau lepas ni,”ujar Lea sambil menatap tajam wajah Amir.
“Eh,lebih-lebih pulak kau ni Lea!Senang-senang kau je la yang jadi Angelina Jolie aku!!!Kan kau puji aku kacak tadi,”gurau Amir tetapi dalam hatinya alangkah gembiranya kalau Azalea sudi menjadi teman hidupnya.
Azalea menjengkilkan mata hazelnutnya kepada Amir lalu kedua-duanya tergelak besar.
“Mir…Mir…aku kau cakap nak jatuh hati dengan kau?macam manalah aku nak jatuh hati dengan kau kalau setiap saat kau ada depan mata aku,membesar bersama aku…kau tu aku anggap sahabat aku yang paling baik.Sahabat aku dunia akhirat!!!”ujar Lea.
“Lagipun…aku tak rasa pun jantung aku berdebar-debar bila pandang wajah kau lama-lama.Setahu aku,bila kita dah jatuh cinta dengan seseorang,hati kita akan selalu berdebar-debar dan bila kita tak tengok muka orang yang kita cintai sehari,kita akan gelisah dan rasa rindu!Aku tak pernah pun rasa macam tue bila dengan kau!Ha…ha…ha..lawaknya kau ni!”ujar Azalea lagi tanpa menyedari perubahan air muka Amir.
“Ish,ke situ pulak kau ni!cakap macam pakar cinta pulak.Macam doktor cinta pun ada,”gurau Amir untuk menutup rasa kecewa di hati namun gurauan Amir membuatkan Lea bertambah gelak besar.
“Woits!Sudah-sudahlah buat lawak!Perut aku dah sakit ni sebab dari tadi lagi aku tak henti-henti ketawa.Emm..kau nak ambil course apa lepas ni?Kau nak lanjutkan pelajaraan dekat mana?Dalam or luar negara?”soal Lea selepas tawanya reda.
“Aku ingat nak ambil jurusan engineering laa…chemical engineering.Aku minat sangat bidang engineering ni.Aku ingat nak sambung belajar dekat dalam negara je tapi kalau dapat dekat oversea,aku no hal.Aku terima je.”Kau pulak macam mana?nak ambil course apa?
“Aku ingat nak ambil course architecture.Aku minat sangat dengan kerja-kerja melukis dan melakar plan ni.Insyaallah,one day kita boleh kerja sekali dalam satu syarikat,”panjang lebar Azalea bercerita.
“Mudah-mudahan begitu la Lea.Aku pun harap dapat jadi partner kau nanti.Tak dapat jadi partner hidup kau,jadi partner masa kerja pun kira ok jugak.”Dengan selamba Amir menjawab menyebabkan Lea terkedu…Amir ni saja nak kenakan hati aku!Bisik hati kecil Azalea.

BAB SEBELAS

Empat tahun sudah berlalu,Lea kini berada di University of Cambridge.Dia telah mengambil jurusan architecture.Amir pula berada di University of Kyoto,Japan,Lain-lain kawannya,Farah berada di USM.Farah mengambil jurusan perubatan.Lea tahu dari kecil lagi Farah meminati bidang perubatan.Akhirnya,cita-cita Farah tercapai juga.Akma dan Liza sekarang berada di UiTM.Liza lebih cenderung memilih bidang perniagaan.Maklumlah cita-cita kawannya yang sorang ni nak jadi ahli koporat yang berjaya.Akma pula megambil jurusan designer dan bercita-cita menjadi pereka fesyen yang terkenal seperti Hatta Domad.
Pagi tu Lea membuat keputusan untuk mengambil angin di Tasik Wendermere berdekatan dengan tempat tinggalnya.Dia suka melihat angsa-angsa putih sedang berkejar-kejaran dalam tasik tersebut.Keindahan tempat itu membuatkan dia merindui keluarganya yang jauh.Dia jugakan rindukan Amir dan kawan-kawannya yang lain…dan dia juga rindukan seorang insan…Syafiqzi Hakim.
Arghh!Buat apa aku rindukan dia?Persetankan dengan fikiran aku!Tak mungkin aku teringatkan dia!Lagipun dia bukan siapa-siapa bagi aku.Dia tak penting lansung dalam hidup aku!bisik hati kecil Azalea.
Setelah pernah berjalan,Lea mengambil keputusan untuk berhenti mengisi perutnya yang mula mendendangkan lagu minta diisi di kedai makan yang berhampiran.Dia memgambil sepotong kek blueberry dan segelas air coklat panas.Sejak bermastautin di England ni,Lea sudahkan membiasakan dirinya dengan makanan barat tapi memang Lea akui makanan di Malaysia tidak ada lagi tolak banding kelazatannya.Lea tidak lagi ambil kisah tentang makanannya di sini asalkan boleh mengisi perutnya dan yang paling makanan tu halal!
Lagi satu yang paling penting tentang perubahan diri Azalea.Kalau dulu dia berimej tomboy,kini penampilan Lea telah seratus peratus berubah.Dia tidak lagi minah tomboy seperti di zaman persekolahan.Dia sudah bertudung malah kini Azalea Marcella telah berubah menjadi seorang wanita yang berperwatakan lemah-lembut dan sopan.Kini pernampilannya sangat elegan dan bergaya tetapi Azalea sama sekali tidak melupakan ciri-ciri ketimurannya.Malah ciri-ciri ketimuran terserlah dari perilakunya.Cuma perangainya yang degil,keras kepala dan egoistiknya tetap wujud dam dirinya.
Walaupun begitu,Lea tetap mempunyai ramai peminat di sini.Agak ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya.Ada juga dari kalangan Mat Saleh yang tampil menghulurkan salam perkenalan dengan dia tetapi Azalea menolak mereka semua dengan alasan tidak mahu memberi komitmen lain selain komitmen terhadap pelajarannya.Kadang-kadang dalam hatinya berbisik,betulkah dia tidak mahu memberi komitmen lain ataupun hatinya masih teringatkan seorang insan yang jauh di mata…Dia masih belum menemui jawapan yang pasti kepada persoalannya.Yang dia pasti ialah untuk cepat-cepat menghabiskan studynya dan mahu pulang ke tanah air.Dia sangat rindukan Malaysia.
Tetapi ada juga mamat yang degil dan sentiasa berusaha memenangi hatinya.Siapa lagi yang tak lain tak bukan Faris Danial a.k.a “Jimmy the Crocodile”.Lea dan Faris telah ditakdirkan untuk belajar di satu universiti.Mula-mula terkejut jugak Lea,bila first time jumpa mamat ni kat sini dulu.Tak sangka betul Lea, besar-besar bumi Tuhan ini dekat sini juga dia menapak.Malah,Faris selalu mengajak Lea menonton wayang atau di beri kata lain ialah sentiasa berusaha untuk bersama dengan dirinya.Mujurlah Lea bijak memberi alasan setiap kali Faris mengajaknya keluar.Lebih-lebih lagi dia dengan Faris bukan satu falkulti.Faris memilh jurusan perniagaan.Almaklumlah,mahu mengambil alih syarikat papanya bila dah graduate nanti.
Azalea tahu Faris sememangnya anak orang kaya.Kebetulan pula Faris anak tunggal keluarganya jadi siapa lagi kalau bukan dia yang akan mewarisi syarikat papanya itu.Papanya mempunyai syarikat yang besar di Malaysia.Siapa yang tak kenal dengan Dato’Ariffin,pemilik Gemilang Holding?Walau siapa pun Faris,Azalea tetap tidak akan mengubah hatinya untuk menerima Faris sebagai teman hidupnya.Sudah puas,Faris memujuk dan merayu tetapi semua usahanya ternyata sia-sia.Hati kecil seorang Azalea Marcella memang susah untuk di miliki oleh sesiapa.

BAB DUA BELAS

Semasa Lea bersiap-sedia untuk meninggalkan kedai makan tersebut,Faris datang menghampirinya.
“Hai Lea.You tengah buat apa kat sini?you datang dengan siapa?”soal Faris dengan mesra.
“I..I baru je lepas makan.I datang sorang je.Housemate I tengah sibuk dengan assigment,”jawab Lea acuh tak acuh.Sejak peistiwa di Hutan Lipur Kemahang tu,Lea tidak lagi membahasakan dirinya dengan nama apabila bercakap dengan Faris.Sebaliknya dia lebih selesa ber “I” dan ber “You” dengan Faris.
“So,if you don’t mind,let me accompany you until your home.I worry about you if you walk alone,my beautiful,”balas Faris.
“No thanks.I can walk alone.There ‘s nothing to worry.Besides,my home just nearby from here.Takkan ada orang yang nak kidnapped I lah,”balas Lea lagi lalu bersedia untuk berlalu tapi dengan pantas Faris melangkah untuk menghalang Lea dari pergi.
“Lea…Lea just listen to me ok?don’t get me wrong.I just care about you,sayang,”pinta Faris lagi.
“Don’t call me that such word Ris!I don’t like it.It is so disgusting to me!!”marah Lea lalu berlalu pergi dari situ.
Faris hanya memandang Lea pergi dengan perasaan tak menentu.Dalam hati Faris terdetik,kenapa hatimu begitu keras seperti kerikil Lea?kenapa kau tak seperti perempuan-perempuan lain yang tergila-gilakan aku?susah sungguh untuk aku tawani sekeping hati milik kau Lea.
Azalea tiba dirumahnya dalam keadaan marah-marah.Housematenya Christina merngkap sahabat baiknya selama empat tahun di England menegurnya.Mungkin pelik apabila Lea pulang dalam keadaan marah-marah.Chritina berasal dari Hong kong.Walaupun Christina bukan beragama islam,tetapi Lea suka berkawan dengannya Christina atau lebih mesra disapa sebagai Tina kerana Tina seorang happy go lucky dan easy going person.Tina juga selalu tersenyum dan pandai mangambil hati orang lain.
“Why are you so moody,Lea?I am sure it is must be that guy,right?what about his name,hah???erm…erm…Faris right?”soal Tina.
“Yupp!This guy always make me feel so disgusting!!!Always disturbing me and always make me mad!”bentak Lea geram. Tina menyuruhnya bersabar dan jangan dilayan sangat perangai Faris tu.Lagipun Faris memang dikenali sebagai playboy di campus mereka.

BAB TIGA BELAS

Setibanya Lea di dalam biliknya,Azalea terus on kan laptopnya.Dia membuka laman e-mailnya.Ada dua email daripada kawannya.Satu dari Amir dan satu lagi dari Farah.Lantas dia membuka email Amir dahulu.Dia tidak sabar untuk mengetahui perkembangan kawan baiknya ini.

Assalamualaikum Lea.

Woits kau macam mana sekarang ni?Exam macam mana?Aku dekat sini
baru je habis exam.Happy gila bila dah habis exam dan tak lama lagi boleh
lah balik Malaysia.Tak sabar-sabar aku nak makan makanan kegemaran aku..
mee bandung dan teh tarik kat gerai mamak.Kau ingat tak?Tak sabar-sabar
aku nak belanja kau bila kau balik nanti.Oh yer,kat sini aku ada berkawan rapat
dengan sorang minah ni.Minah ni cute sangat dan kadang-kadang aku teringatkan
kau bila dengar minah ni gelak.Nama dia Najwa Kamilia…orang perak.Hubungan
kitorang masih baru lagi.Kami masing-masing belum ada komitmen…masing-
masing ingin mengenali hati budi dahulu sebelum mengambil serius hubungan ni.
Oh yer,kau pulak macam mana?dah ada special ke kat sana?takkan tak ada kot
sebab kau kan dah bertukar imej dari minah tomboy kepada gadis cun melecun!!!
Ha…ha…ha…Weh,aku dengar Faris ada sekali dengan kau kat situ.Betul ke?Dia ada
kacau kau tak??hati-hati sikit dengan “Jimmy the Crocodile”tue.
Ok la Lea,aku nak sambung assignment aku dulu nih…tak sabar nak jumpa kau
kat Malaysia nanti.Take care my angle.

Lots of love,
Amir.

Ada-ada je si Amir ni.Dia ingat aku nih budak kecil lagi ke?tak habis-habis dengan perangai risau dia tue.Rungut Lea sambil tersenyum selepas membaca email dari Amir.Kini dia membuka email dari Farah pula.

Assalamualaikum Lea,

Weh macam mana kat sana?kau sihat tak?aku rindu gila nak dengar kau gelak.
Nak lepak sama-sama dengan kau macam dulu.Bila kau nak balik Malaysia??hari
tu,aku ada terjumpa dengan mama kau,dia demam-demam tapi dah okay sekarang.
Aku rasa mama kau demam rindu dekat kau.Maklumlah kau kan anak kesayangan
mama kau.Oh yer,kawan-kawan kita semuanya dalam keadaan baik-baik.Liza dah
ada balak sekarang ni.Boleh tahan jugak balak dia tu.Budak civil engineering.Nama
dia kalau tak silap aku,Enorizal.Hem pelikkan nama dia…macam nama penyanyi lama
“Ibnorizal”.Ha…ha..Aku sekarang dah jadi doktor pelatih dan tak lama lagi akan bergelar
Dr.Farah.Akma pulak aku jumpa dia masa kat One Utama hari tue.Masa cuti semester.
Wah,kalau kau tengok dia mesti macam tak percaya.Bergaya akan minah tue.Maklumlah,
bakal jadi pereka fesyen tak lama lagi.Aku pulak tengah maintain single and available lagi.
Yela,tak ada orang nak dekat aku.Weh kalau kau nak tolong adjust mat saleh dekat aku pun ok jugak!Ha…ha….Lea before aku lupa,hari tu kan,aku ada terjumpa dengan Fiq!Wah, hebatnya dia sekarang ni!Rupa-rupanya dia dekat Canada selama ni.Dia pun ambil course perniagaan.Bakal pewaris syarikat papa dialah tue.Bergaya sakan dan bertambah kacak dia sekarang!Cair hati semua perempuan termasuk aku jugak!Hehehe…jangan jelous.Tapi kau jangan risau,aku dah cop mamat sebagai special boyfriend kau la kawan.Dia ada tanya pasal kau.Emm…dia tanya kau sekarang nih study dekat mana?just tu je.Aku cakap kau tengah study kat CambridgeLondon.Amboi-amboi dia ambil berat pasal kau je kawan…aku rasakan dia memang ada hati dan sayangkan kau.
Eh,kenapa kau tak pernah balik masa cuti musim panas?Amir selalu je balik tapi kau tak.Kau
tak rindukan tanah air ke?ataupun kau dah terpaut dengan mana-mana guy kat sana???lagi enam
bulankan kau nak habis study?aku tak sabar nak jumpa kau dan nak tengok penampilan terbaru
kau…Jangan pelik aku tahu dari mana.Amir yang kasi tahu aku.Weh,aku blah dulu la…nak tido
sekarang ni dah pukul 12 malam kat sini.Aku tau kat sana baru pukul 11 pagi kan?anyway take care.

Lots of love,
Farah.

Ada-ada je la Farah ni.Memang sesuailah kat sekolah dulu dia dipanggil minah kecoh atau mamarazi.Ada je cerita terbaru and hot dibawanya.Sambil bercakap sendirian,Lea membayangkan wajah dan mulut Farah yang herot-berot semasa menceritakan sesuatu.Akhirnya,Lea tersenyum dengan gelagat rakannya itu.
Arghh!Farah…Farah kau selau menghiburkan hati aku waktu aku rasa sunyi dan sedih tapi kenapalah kau masukkan cerita pasal mamat yang aku cuba lupakan selama ni.Syafiqzi…Ya,nama itulah yang aku cuba lupakan selama ni.Bukan maksud untuk berdendam ataupun membenci tapi entahlah…aku pun tak tahu dengan perasaan aku..mungkin sakit hati pasal insiden hari tu belum dapat aku lupakan lagi.
Arghh!!!Kenapa aku perlu fikirkan pasal dia lagi ni?remember Lea!ingat kau tak boleh jatuh cinta dengan orang yang dah buat maruah kau jatuh suatu ketika dulu Lea!!! Arghh!Azalea sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

BAB EMPAT BELAS

“Fiq!Fiq!!!Kau pergi mana tadi?puas aku cari kau merata-rata tempat!”marah Taufiq.
“Aku pergi main futsal dengan Jimmy,Andy dan Michele tadi.Kenapa kau cari aku ni?”tanya Fiq selamba.
“Laa..aku cari kau ni pasal aku tension dengan minah gedik kau tu!Ada ke patut dia paksa aku cari kau sampai dapat.Eh,korang berdua bergaduh ke?”soal Taufiq lagi.
“Aku tak ada masa la nak layan minah gatal tu!Orang dah tak nak tapi masih lagi terhegeh-hegeh.Meluat aku dengan perangai si Elin tu!Aku hairanlah dengan dia ni.Nak kata tak cantik,berlambak lagi guy kat luar sana yang nak tackle dia…mat saleh pun ada yang minat dekat dia.Kenapalah dia cari aku jugak,”jawab Syafiqzi acuh tak acuh.
“Helo kawan…sedar pun kau!Yang kau tolak dia sekarang tu kenapa?dulu kau jugak yang cakap si Elin tu ada segalanya bagi seorang perempuan.Cantik dan seksilah!Tapi kenapa sekarang kau tolak dia?buang tabiat ke?orang lain berlumba-lumba nak dapatkan dia tapi kau…
“Elin tu bukan taste akulah Taufiq.Aku baik dengan dia pun sebab family aku baik dengan family dia je.Dalam erti kata lain,aku terpaksa kena layan dia!”marah Syafiqzi dan membuatkan Taufiq kehilangan kata sejenak.
“Agaknya kau tunggu angle dari syurga kot.Bidadari dari kayangan ke….”usik Taufiq untuk meredakan keadaan lalu membuatkan Fiq kembali tersenyum.
“Kau ni ada-ada je la Taufiq!Jomlah aku belanja kau minum.Kalau ya pun,bidadari tu mesti kena buat aku jatuh cinta dan buat aku berdebar-debar bila terpandang wajahnya,”dengan selamba Fiq membalas lalu membuatkan mereka berdua ketawa terbahak-bahak.
Begitulah ragam kedua-dua orang sahabat karib ini.Syafiqzi dan Taufiq bebetulan telah terpilih untuk menyambung pelajaran ke University of Canada.Kawan-kawannya yang lain pula melanjutkan pelajaran di dalam negara je.Ada yang nenuntut di UTM,Skudai dan di Universiti Malaya.Masing-masing cemerlang dengan bidang yang diceburi.

BAB LIMA BELAS

Lapangan terbang KLIA begitu sibuk sekali dengam pelbagai ragam manusia.Kini setelah hampir lima tahun berhempas pulas memerah otak serta keringat,akhirnya Azalea kembali menjejaki tanah airnya dengan berbekalkan segulung ijazah…Azalea menapak ke arah keluarganya yang berada di suatu sudut berhampiran tempat menunggu.Setelah menagmbil bagasi-bagasinya,Azalea meluru ke arah mamanya dan terus memeluk erat mamanya.Abang-abangnya turut sama memeluk adik kesayangan mereka.Cuma papanya yang tiada di sini.Dia berasa sedih kerana papanya tidak berpeluang berkongsikan kejayaan yang diperolehnya.Papanya telah kembali ke rahmatullah semasa dia berada di tingkatan tiga.Sejak hari itu,mamalah yang bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.Mamalah juga ibu dan ayah bagi keluarganya.Betapa besarnya jasamu,mama.Dalam diam,dia merintih kesayuan.
“Eh Lea,kenapa abang tengok muka Lea sedih semacam je?Lea tak rasa gembira ke bila balik kat Malaysia ni?ataupun Lea dah teringatkan buah hati kat sana?”soal abang sulungnya,Asyraf disertai oleh gelak tawa abang-abangnya yang lain.
“Mana ada abang Asyraf!Lea tak sedih pun!Lea penat je la.Maybe jet leg.Abang ni suka fikir yang bukan-bukan.Mama tengoklah abang ni!”bentak Lea geram.
Kesemua yang berada di situ sekali lagi tergelak besar dengan karenah Azalea dan Asyraf yang memang terkenal dengan perangainya yang suka mengusik tu.
“Ek ele…abang baru sakat sikit.Tue pun dah mengadu dekat mama.Lea ni manjalah.Mengada-ngada pulak tue!Ha…ha…ha…”seloroh Asyraf lagi.
“Ingakan dah lama tak jumpa Lea,perangai manja Lea dah hilang.Rupanya masih tak berubah!”usik Farhan pula yang merupakan putera bongsu Puan Maria.
“Lantak oranglah…orang nak manja sikit pun tak boleh!Betulkan mama?”ujar Azalea tidak mahu mengalah.
“Ish,korang berdua ni!Bila la nak ubah perangai korang?Asyraf kamu tue dah ada bini,dah ada anak pun tapi perangai macam budak-budak.Asyik tahu megusik Lea je,”leter Puan Maria terhadap putera sulungnya,Asyraf yang kini sudah berumah tangga dengan pilihan hatinya,Sofia Adila.
“Hahaha…padan muka abang!Uweiks!!!”ejek Azalea sambil menjelirkan lidah kepada Asyraf.
Semua yang berada di situ tersenyum melihat gelagat dua beradik ni.Kesemua yang berada di situ,kemudiannya meninggalkan kawasan lapangan terbang KLIA dan menuju ke rumah mama cuma abang Asyraf pulang ke rumahnya untuk mengambil isteri dan anaknya sebelum ke rumah mama.Tak sabar aku nak berjumpa dengan anak saudara aku yang nakal tu.
Lea pulang dengan menaiki kereta abang keduanya,abang Syakir yang sekarang ni telah berkerja sebagai seorang peguam di salah sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.Malam ni mereka sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai kerana mama telah menyediakan sedikit jamuan untuk meraikan kepulangan anak manjanya dan juga merangkap anak bongsunya.

BAB ENAM BELAS

Selepas jamuan makan malam,Lea membantu mamanya mengemas meja makan.Selepas itu,dia berjalan menuju ke beranda hadapan rumah untuk mengambil angin malam.Kemudian datang pula abangnya,Asyraf.
“Amboi,adik abang ni dari tadi abang tengok asyik termenung je.Kenapa dengan Lea ni?Lea tak gembira ke dah balik Malaysia ataupun Lea ada masalah,”tanya Asyraf.
“Erm…tak ada apa-apa la…Lea ok je bang.Cuma penat je kot.Kan tadi Lea dah cakap maybe jet leg.Abang ni ada-ada je lah,”balas Lea sambil sengaja buat-buat gelak.
“Manalah tau adik abang ni teringatkan mat saleh kat England tue ke!Eh dik,takkan tak ada lansung kawan rapat lelaki masa kat England dulu?”soal Asyraf lagi.
“Ish abang ni!Lea tak adaa masa la nak fikir soal cintan-cintun ni!Lea kan masih muda lagi.Baru masuk 24 tahun tau!”marah Azalea.
“Mana la tau kan.Lagipun adik abang ni memang cantik!Muka cun megalahkan Kiera Knight.Pelakon Hollywood yang cantik jelita tue.Dahlah tue cute mengalahkan Hillary Duff!”usik Asyraf lagi.
Azalea memang boleh diketogerikan sebagai wanita yang memiliki rupa paras yang menarik dan juga di anugerahkan pencipta potongan badan yang lansing diselangi oleh ketinggian yang melampai persis

ala-ala model terkenal.Kalau dia tersenyum memang boleh mencairkan hati ramai lelaki di luar sana.Azalea memiliki lesung pipit di sebelah pipi kanannya yang telah lagi menambahkan kecantikkannya.Wajahnya memang keanak-anakan tetapi menawan.Ditambah pula dengan sepasang mata yang bundar.Anak matanya pula berwarna hazelnut.Alis matanya yang tebal dan hidungnya yang mancung.Juga bibir mungilnya yang merah menyala.Kulitnya putih kemerah-merahan.Dia mewarisi kulit dari arwah papanya yang juga kacukan British-Melayu.Adik-beradiknya yang lain juga turut memiliki rupa paras yang menarik dan ketinggian sempurna persis ala-ala model.Cuma mereka tidak mempunyai lesung pipit seperti Azalea.Itulah kelebihan Azalea daripada kakak dan abang-abangnya.
“Eh abang ni!Ada apa-apa ke puji Lea sampai macam ni sekali?abang pun apa kurangnya.Kacak mengalahkan Keanu Reaves!Sebab tue Kak Dilla boleh terpikat dekat abang,”balas Lea sambil tersenyum.Saat ini,Lea terbayangkan wajah kakak iparnya yang manis orangnya.Kak Dilla seorang yang peramah orangnya.
“Actually bang,Lea fikir pasal kerja la.Lea ingat nak cari kerja dalam minggu ni jugak.Boring la duduk rumah lama-lama,”ujar Azalea lagi.|
“Eh adik abang ni!Baru je sampai,tapi dah tak sabar-sabar nak kerja.Lea rehatla dulu.Ronda-ronda KL dulu.KL sekarang dah banyak perubahan.Dah bertambah maju!Lagipun kesian dekat mama,Lea!Dia baru nak habiskan masa dengan adik.Yela…tak jumpa hampir lima tahun dengan Lea.Kadang-kadang,abang rasa macam Lea ni bawak diri je dekat England tue.Orang lain boleh balik setiap kali cuti musim panas tapi Lea tak pernah balik pun.Ada apa-apa Lea?”luah Asyraf lalu membuatkan Azalea terpaku sejenak.
“Abang ni pandai betul buat andaian sendiri!Mana ada apa-apa bang.Lea tak balik sebab Lea ambil peluang pergi melancong dekat negara-negara jiran yang berdekatan setiap kali cuti musim panas.Lea pergi Sepanyol,Itali,Jerman dan Perancis.Dekat sana banyak tempat-tempat menarik yang adik singgah tau.Misalnya kat Sepanyol,Lea pergi melawat ke Cardova dan Andalusia.Lea juga ke Istana Al-Hambra.Cantik betul istana tue bang.Abang ni asyik fikir yang bukan-bukan je.Pasal kerja tue,Lea nak kerja cepat-cepat lepas tue dapat gaji cepat-cepat dan lepas tu Lea boleh la pergi shopping puas-puas.Lea tahu abang dan mama boleh bagi Lea duit,tapi Lea nak guna duit hasil titik peluh Lea sendiri.Lea nak pergi shopping dan belanja mama,”dengan panjang lebar Azalea menerangkan perkara sebenar.
“Yela…yela.Lea nak kerja dekat mana?senang-senang Lea kerja dengan abang la!”ujar Asyraf pula.
“Ish,tak naklah Lea kerja dengan abang!Lea ingat nak berdikari dulu.Kalau tak ada sangat baru Lea kerja dengan my brother,ok?”pintas Azalea cepat-cepat.
Sememangnya,Asyraf memiliki sebuah syarikat construction peninggalan arwah papanya.Teguh Holdings merupakan syarikat pembinaan yang terkenal di tanah air.Sejak papanya meninggal,sebagai anak sulung dalam keluarganya,abang Asyraflah yang menerajui syarikat itu dan bertanggungjawab mengendalikannya.Asyraf telah bertemu dengan Kak Dilla yang merupakan menantu sulung keluarganya sekarang sewaktu Kak Dilla mejadi PA abangnya pada mulanya di syarikat tersebut.Kini Kak Dilla telah menjadi PA dalam hidup abangnya serta partner suka duka abangnya.Benarlah kata orang bahawa usah bermain-main dengan PA kita jikalau kita menjadi bos.PA itu ibarai seorang isteri di pejabat.Agaknya tu memang sudah tersurat jodoh abangnya dengan kakak iparnya.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
“Lea,Amir bila balik?”tiba-tiba Asyraf bertanya lalu membuatkan Azalea tersenyum-senyum.
“Eh,apahal pulak adik abang ni senyum sorang-sorang ni?ni mesti ada apa-apa dengan Amir kan?alah jangan nak sorok lah dengan abang!”pintas Asyraf tiba-tiba dan senyuman Azalea serta merta mati dan…
“Apahal pulak denagn abang ni?Main serkap jarang je!Entah la Lea pun tak berapa sure dia balik bila.Lea pun dah lama tak contact dia.Agaknya dah balik kot.Senang-senang abang pergi telefon auntie Limah,lepas tu abang tanya anak lelaki kesayangan dia balik ke tak lagi.Kan senang?”balas Lea selamba lalu membuatkan Asyraf termangu sebentar.
“Adik abang ni sebenarnya patut jadi lawyer la.Kalau cakap tu mengalahkan orang dan disertakan hujuh-hujah yang panjang lebar,”balas Asyraf kemudiannya.
“Tengok oranglah…inikan Tg.Azalea Marcella Tg.Sharil tau!”sengaja Azalea menyebut nama penuhnya untuk menyakat abangnya dan kemudiannya dia ketawa melihat cebikan mulut daripada abangnya.
“Ek ele…bangga dirilah tu!Dah sampai kat manalah angan-angan mat jenin adik abang ni agaknya?tadi tu baru puji sikit tapi dah terbang entah dekat mana dah…Hahaha…”sakat Asyraf lagi.
“Ok la Lea,abang masuk dululah.Mengantuk dah rasanya.Dah dekat pukul 12 malam ni agaknya.Lama betul kita berbual-bual.Agaknya Kak Dilla dan Haikal dah lena dibuai mimpi.Lea tak nak masuk lagi ke?”soal abang sebelum berlalu pergi.
“Kejap lagi la bang.Abang masuklah dulu.Lea tak apa tidur lewat,esok tak ada nak pergi mana-mana pun,”terang Azalea.
“Ok la kalau macam tu!Nite my sis!”ucap abang sebelum masuk ke dalam rumah.
Azalea kembali mengambil angin di beranda rumahnya.Dia masih belum mengantuk mungkin belum biasa dengan perubahan iklim di sini.Maklumlah dah lama tinggalkan Malaysia.Mama dan abang-abangnya yang lain mesti masing-masing sudah lena diulik mimpi.Azalea tersenyum memikirkan kembali perbuallannya dengan Asyraf tadi.
Mereka berdua memamg rapat berbanding denagn adik-beradik yang lain.Mungkin kerana abang-abangnya yang lain sibuk menyambung pelajaran semasa arwah papanya baru sahaja meninggal dunia.Abangnya Tg.Syakir Iskandar sedang menyambung pelajaran di Universiti Malaya pada masa itu.Sekarang abang Syakir merupakan seorang peguam dan mungkin tak lama lagi akan menamatkan zaman bujangnya dengan tunangnya,Aisya Amira yang merupakan seorang guru.Abang bongsunya yang tua tiga tahun daripadanya juga baru melanjutkan pelajaran di UPM semasa papanya meninggal dulu.Kini Tg.Ezad Farhan telah memegang jawatan sebagai akauntan.Abangya itu masih lagi solo dan playboy.Hahaha…Kak Yasmin pula ketika itu sedang belajar di UK.Sekarang Kak Yasmin telah berkeluarga dan menetap di UK.Suaminya,abang Aidil seorang lelaki yang kacak dan peramah orangya.Kak Yasmin telah menjadi seorang ibu kepada seorang puteri yang comel bernama Nur Fitratul Ezanna.Semoga berbahagia Kak Min.

BAB TUJUH BELAS

Arghh!!!Tensionnya aku dengan minah gatal ni!”jerit Syafiqzi geram dan meluat apabila telefon bimbitnya menjerit untuk minta dijawab!Panggilan daripada Elin.Syafiqzi berasa bengang kerana Elin tak berhenti-henti menganggunya walaupun dia telah menjelaskan kedudukan sebenar perasaannya terhadap Elin.Dia cuma menganggap Elin tak lebih seperti adik kandungnya sendiri.Mustahil perasaan cinta seperti sepasang kekasih mekar di hatinya buat Elin.Lantas,dia mematikan telefon bimbitnya.
“Eh,Fiq kenapa tak jawab telefon tue?”tanya mama,Datin Aida.
“Panggilan tak penting ma,entah dari siapa agaknya.Fiq pun malas nak ambik tau,”balas Fiq lambat-lambat.Kalaulah mama dia tahu yang panggilan tadi tu,panggilan dari Elin,tentu mamanya berleter habis.Yela..anak kesayangannya tidak suka dengan pilihannya sendiri.Bakal menantu katakan.Otak Syafiqzi berserabut memikirkan karenah mamanya yang selalu mahu menjodohkan dia dengan anak-anak kenalan rapat mamanya tue.Kalau dulu mamanya sibuk mempromosikan anak gadis Tan Sri Hamid,Serina tapi ditolak mentah-mentah oleh Syafiqzi sendiri dengan alasan mahu menghabiskan studynya.Kini Serina sudah pun menjadi tunangan orang.Sekarang ni pula,muncul pula si Elin tu dalam kotak fikiran mamanya untuk dijadikan menantu.Selepas ini,Syafiqzi tidak tahu lagi siapa yang menjadi pilihan mamanya untuk dijadikan menantu.
“Mama tak keluar ke petang ni?”soal Fiq yang sedikit hairan melihat mamanya berada di rumah pada petang itu.Kebiasaannya mama tak pernah pun melekat di rumah.Asyik sibuk memanjang dengan persatuan dia.Kadangkala Fiq sendiri hairan dengan sikap papanya yang seperti tidak kisah dengan sikap mamanya yang lebih mementingkan persatuan dari keluarga sendiri.
“Tak…anak mama kan baru balik dari Canada.Mama ingat mama nak spent masa dengan anak kesayangan mama hari ni!”balas Datin Aida lagi dan membuatkan Fiq tersenyum.
“Oh yer Fiq,malam ni mama jemput Dato’ Khalid sekeluarga makan malam dekat rumah kita.Elin pun ada sekali tau!”dengan senang hati Datin Aida memberitahu perancangnya.
“Eh mama ni!Kenapa pergi jemput family Elin pulak?Dah tu tak bagitahu Fiq dulu!Malam ni Fiq ada temu janji dengan kawan Fiq la ma,”ujar Fiq bersungguh-sungguh.Memang malam ni dia telah berjanji untuk bertemu dengan Taufiq,Syahmi dan Faisal.
“Ala…Fiq janganlah buat mama macam ni!Mama dah siap bagitahu family Elin yang Fiq ada sekali masa dinner malam ni.Fiq batalkan je program Fiq malam ni,”pujuk Datin Aida lagi.
“Tapi ma…”
“Tak ada tapi-tapi lagi…Fiq mesti ada masa makan malam ni.Mama tak nak dengar apa-apa alasan lagi.Program Fiq boleh di tunda pada malam keesokkan…”akhirnya Datin Aida membuat keputusan lalu berlalu masuk ke dalam rumah.Fiq berasa bengang dengan mamanya yang tiada tolak ansur lansung kalau perkara yang berkaitan dengan keluarga Dato’ Khalid.Akhirnya Fiq mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Taufiq bagi menundakan perjumpaan mereka pada malam esok.

Malam tu,keluarga Dato’Khalid bertandang ke rumahnya seperti yang telah dijanjikan.Malam tu,Elinn mengenakan sepasang gaun malam berwarna ungu lembut.Rambutnya yang keperangan tu dibiarkan lepas dengan solekan yang agak berlebihan pada wajahnya.Seakan-akan menghadiri majlis pertandingan ratu cantik pula lagaknya si Elin tu.Walau apapun,Elin tetap tampill menarik dan menawan pada malam itu.Elin atau nama sebenarnya Emilin Syazana juga boleh diketogerikan sebagai gadis yang memiliki rupa paras yang menarik.Mereka makan malam dengan diselangi gelak tawa.Dato’Khalid pula asyik bertanyakan perkembangan Fiq.Rimas Fiq dibuatnya untuk menjawab pertanyaan Dato’Khalid.
Syafiqzi juga turut perasan akan renungan tajam oleh sepasang mata galak oleh Elin.Agaknya mahu menggoda aku lah tu,”bisik hati kecil Fiq tapi sayangnya renungan itu hanya menimbulkan rasa meluat Fiq terhadap Elin.

BAB LAPAN BELAS

Pada malam keesokkan,Syafiqzi telah bertemu rakan-rakannya di coffee house yang telah dijanjikan.Mereka asyik berbual dan bertanyakan perihal masing-masing.Perkembangan terbaru juga turut menjadi bahan perbualan mereka.Sedang mereka asyik berbual-bual,tiba-tiba…
“Eh, Fiq!Tak silap aku tue Amir kan?wah…siapalah minah ayu bertudung yang bersama dia tue?”ujar Syahmi tiba-tiba dan membuatkan yang lain-lain turut berpaling ke arah tempat duduk di hujung sekali coffe house tersebut.Lantas Syahmi melambaikan tanganya ke arah Amir yang kebetulan berpaling ke arah mereka.
Amir yang pada mulanya tidak perasan akan kehadiran schoolmatenya akhirnya membalas lambaian Syahmi dan memberi isyarat untuk Syahmi dan rakan-rakannya yang lain datang kemari untuk join dia dengan Lea minum ketika itu.Azalea yang tidak tahu apa-apa berkerut melihat perlakuan Amir.
“Eh,Mir!Kau lambai dekat siapa tue?”soal Azalea dengan riak muka yang hairan.
“Aku lambai dekat schoolmate kita dulu la.Tak sangka dapat jumpa diorang dekat sini.Betul-betul satu kebetulan,”balas Amir.
Serentak tu,datang dua lelaki ke meja mereka dan…
“Wah…Mir.Macam mana sekarang ni?Aku tengok bertambah macho kau sekarang ni.Ni siapa pulak?awek ke tunang?”soal Syahmi lalu membuatkan Amir tergelak besar.
“Apa kau ni?Lea cuba kau paling muka betul-betul dekat mamat ni kejap.Takkan kau dah tak kenal dengan Tg.Azalea Marcella merangkap schoolmate kita dulu!”balas Amir bersahaja.Azalea tersenyum melihat perubahan muka Syahmi dan mamat seorang lagi tu.Dia kurang mengingati nama lelaki itu tetapi dia tahu lelaki itu juga schoolmate dia dulu.
“Wah Lea…cayalah kau ni!Sampai tak kenal aku dengan kau.Bila kau tukar imej kau ni?bertambah cantik kau sekarang ni!”balas Syahmi yang kagum melihat identiti baru Azalea.
“Kut yer pun,duduklah dulu Mie,aku berubah sejak aku study dekat England dulu la…aku biasa-biasa je.Tetap Lea yang dulu jugak!Kalau kau tak caya try la penumbuk aku ni!”gurau Lea pula.
“Eh,Taufiq.kenapa kau diam je?ke kau malu dengan Lea ni?”soal Amir tiba-tiba lalu membuatkan kesemua yang berada di situ beralih pandang ke arah Taufiq.
“Lea yang tak tegur aku dulu.Yela…aku ni bukan muka tembok nak tegur orang tue kalau dia macam tak kenal aku!”balas Taufiq lambat-lambat lalu membuahkan ketawa semua orang.Mereka berbual-bual sekejap dan akhirnya Amir terpaksa meminta diri untuk menghantar Lea pulang.Fahmi dan Taufiq kembali semula mendapatkan Syafiqzi dan Faisal yang telah lama menanti.
“Woits korang bedua…korang mesti terkejut beruk bila dengar apa yang aku nak cakap ni!”beritahu Syahmi bersungguh-sungguh.Taufiq hanya diam.Syafiqzi dan Faisal sudah tidak sabar untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Syahmi.Faisal terus mendesak Syahmi agar cepat-cepat memberitahu mereka.
“Tadi tu kan,yang bersama Amir ialah schoolmate kita juga.Sama batch dengan kita,”ujar Syahmi bersungguh-sungguh.Taufiq hanya angkat kening.
“Weh siapa?budak perempuan mana?”soal Faisal masih tidak berpuas hati.
“Klunya ialah…orang yang selalu cari pasal dengan member kita ni lah!”ujar Syahmi lagi sambil menepuk mesra bahu Syafiqzi.
Syafiqzi hanya mengerutkan dahinya.Mencuba untuk mengingati kembali masa lalunya sewaktu sekolah menengah.Setahu dia,budak perempuan yang selalu mencari pasal dengan dia dulu ialah Azalea.Mustahil yang baru dilihatnya tadi ialah Tg.Azalea Marcella.Lansung tak masuk dek akal.Yela…tadikan dia melihat Amir bersama seorang perempuan yang ayu bertudung dan sopan santun lagaknya.Macam gadis melayu terakhir.Sedangkan Tg.Azalea Marcella yang dikenalinya sebelum ni berpewatakan tomboy,ganas,keras kepala dan paling penting suka memberontak!Takkan la kot…bisik hati kecil Syafiqzi.
“Weh Mi!Kau ni suka buat orang pening la!Cepat bagitahu!Aku dah malas berteki-teka dengan kau!”marah Faisal lagi.Dada Syafiqzi berdebar-debar kencang dikala ini..Arghh…janganlah dia!Bisik hati Syafiqzi lagi.
“Ok…ok aku beritahu!Perempuan tadi ialah Tg.Azalea Marcella bt Tg.Shahril!Korang ingat tak?percaya tak?”lancar Syahmi memberitahu.
Bukk!!!Rasa seperti dihempap oleh batu yang tersangat besar di atas kepala Syafiqzi!Sukar untuk dia mempercayainya.
“Eh Mie,kau janganlah main-main…tak kan tu si Lea kot!!!”pintas Fiq tiba-tiba.
“Woi Fiq!Mata aku tak buta lagi tau!Tak percaya try kau tanya si Taufiq ni hah!”marah Syahmi setelah Syafiqzi seakan tidak mempercayai kata-katanya.
“Betul la Fiq…perempuan yang bersama Amir tadi ialah Lea,”ujar Taufiq untuk mengiakan cakap Syahmi tadi.
Syafiqzi terdiam.Kelu lidahnya untuk berkata-kata.Fikirannya seakan tidak dapat berfungsi ketika ini.Akhirnya dia melepaskan keluhan berat.
“Jom la korang kita balik.Aku rasa tak sedap badan la,”ajak Fiq setelah seketika mendiamkan diri.
“Awalnya bro!Kita tak habis sembang lagi ni.Tak kan sebab kau nampak Lea tadi kau dah demam kot!Anti benar kau dengan minah tu…tapi Lea tadi memang cun gila!cair hati aku tadi…”gurau Syahmi dengan senyuman gatal meniti di bibirnya.
“Lantak korang kalau korang nak stay dekat coffee house ni sampai ke pagi besok pun!Aku blah dulu…”marah Syafiqzi sambil berlalu meninggalkan coffee house.
“Engkau punya pasal la Syahmi!Kau tengok Si Fiq tu dah mengamuk!”marah Taufiq.
“Kenapa aku pulak?aku tak buat apa-apa pun dekat dia!”Syahmi membela diri.
“Yang kau puji si Lea tu lebih-lebih kenapa?Kau tahukan si Fiq memang anti habis dengan Lea,”bebel Taufiq lagi.
“Alah aku puji Lea sikit pun dah melenting.Jangan-jangan dia jealous tak?ataupun dia memang ada hati dengan Lea?”ujar Syahmi.
“Kau jangan pandai-pandai Mie!Dengar dek Fiq tu naya kau nanti!ujar Faisal bersungguh-sungguh.
“Jom la korang kita balik.Biarlah si Fiq tu dengan masalah dia!Kita tak payah nak masuk campur hal diorang berdua.Nanti tak pasal-pasal kita ditempelaknya!”ujar Taufiq.

Arghh!!!Kenapa hati aku tak keruan bila tahu perempuan tadi adalah Lea,”bisik hati kecil Fiq.Kenapa bila namanya muncul di benak fikiran aku,akan terbit rasa getaran di hati aku!Kenapa dengan diri aku?soal Fiq lagi.Adakah kerana dendam aku padanya?Tak bukan kerana dendam!!!Tapi kerana…arghh persetankan perasaan aku!Syafiqzi sedang berperang dengan perasaannya di kala malam yang sunyi itu.Dia tidak sedar bila saatnya dia melelapkan mata.Dia terlalu letih memikirkan perasaannya di malam itu.Semuanya kerana seorang wanita…dan wanita itu adalah Azalea.

GIMANA guys?? seru bukan cinta cinta,, hhe

Sumber : google

 
Tinggalkan komentar

Ditulis oleh pada 21/03/2011 in Cerpen

 

Tag:

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: